Aller au contenu principal

Menara Saint-Jacques


Menara Saint-Jacques


Menara Saint-Jacques (Tour Saint-Jacques) ialah sebuah tugu terletak di daerah ke-4 Paris, Perancis, di Rue de Rivoli di Rue Nicolas Flamel. Menara Goth Flamboyan 52-meter (171 ka) ini semua yang tinggal bekas Gereja abad ke-16 Saint-Jacques-de-la-Boucherie ("Saint James dari para penyembelih"), yang telah dirobohkan pada tahun 1797, ketika Revolusi Perancis, meninggalkan hanya menara. Apa yang tinggal di gereja St. Jacques La Boucherie yang dihancurkan kini dianggap mercu tanda bersejarah negara. Stesen métro terdekat ialah Châtelet.

Sejarah

Camino de Santiago

Menara yang kaya dengn hiasan ini menunjukkan kekayaan penaung gereja ini, penyembelih borong berdekatan pasar Les Halles. Tukang batu yang bertugas ialah Jean de Felin, Julien Ménart dan Jean de Revier. Ia telah dibina pada tahun 1509 hingga tahun 1523, ketika pemerintahan Raja Francis I. Dengan dedikasi kepada Saint James the Greater, gereja kuno dan menara mercu tandanya mengalu-alukan penziarah meletakkan di jalan yang menuju Tours dan menuju Camino de Santiago, yang menuju destinasi penziarahan utama Santiago de Compostela. Sebuah peninggalan santo dipelihara di gereja mengaitkannya lebih kuat dan pada zaman kini peristiawa senarainya pada tahun 1998 sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO antara tapak dan struktur menandakan chemins de Compostelle, laluan penciarah di Perancis yang menjurus kepada seperti cawang sungai besar menuju Santiago di barat laut Sepanyol.

Abad kesembilan belas

Gereja, dengan pengecualian menara, telah dihancurkan pada tahun 1793; pemeliharaan menara ini merupakan keadaan kontrak di mana gereja telah membelinya dengan nilai bahan pembinaanya. Pada tahun 1824, ia telah digunakan sebagai menara peluru untuk membuat peluru kecil. Ia telah dibeli semula oleh Kota Paris pada tahun 1836 dan diisytiharkan Monument Historique pada tahun 1862. Patung santo ini telah dipasang di atas menara ketika abad ke-19.

Ketika Empayar Kedua, arkitek Théodore Ballu membaik pulih menara ini, meletakkannya pada kekaki dan mereka bentuk sebuah taman bandar kecil mengelilinginya. Ini sama dengan pembinaan rue de Rivoli dan lebuh Victoria berdekatan, memerlukan bilangan besar tanah dibuang untuk memastikan rue de Rivoli laluan rata yang licin. Kekaki ini membenarkan menara mengekalkan dongakan asalnya: kini, perubahan di aras bumi boleh dihargai di rue St-Bon, hanya timur laut menara, di mana tangga menuju ke aras jalan asal di rue de la Verrerie.

Sebuah patung Blaise Pascal terletak di tapak menara, memperingati uji kasi ke atas tekanan atmosfera, walaupun ia dipertikaikan sama ada mereka menjalankannya di sini atau di gereja Saint-Jacques-du-Haut-Pas. Sebuah makmal kaji cuaca juga dipasang di atas menara.

Menara ini memberi inspirasi kepada Alexandre Dumas untuk menulis lakonan La tour Saint-Jacques-de-la-boucherie pada tahun 1856.

Nicolas Flamel, seorang penaung gereja ini, telah dikubur di bawah lantai.

Pemulihan moden

Menara ini dikelilingi perancah dan ditutupi kepingan selama beberepa tahun dengan juruukur menyiasat keadaan batu. Penemuan baru-baru ini menunjukkan bahawa kebanyakan batu dan hiasannya berasal dari zaman lewat pertengahan pembinaan menara, dan tidak ditambah oleh pembaik pulih abad ke-19. Malangnya, pemeriksaan itu juga menandakan rekahan yang teruk. Tiga suku teratas kepngan telah diturunkan pada bulan Mac 2008, mendedahkan renovated upper section of the tower. Dari Oktober 2008 hingga Februari 2009, perancah dan kepingan telah dibuang dan pelandskapan sekeliling taman telah dipulihkan. Akhirnya, pada 18 April 2009, taman telah dibuka semula kepada orang awam.

Galeri

Lihat juga

  • Fontaine du Palmier
  • Place du Chatelet

Rujukan

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Menara Saint-Jacques di Wikimedia Commons
Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Menara Saint-Jacques by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité