Aller au contenu principal

Jambatan Golden Gate


Jambatan Golden Gate


Jambatan Golden Gate merupakan sebuah jambatan gantung yang merentangi Golden Gate, satu bukaan di Teluk San Francisco terus ke Lautan Pasifik. Sebagai sebahagian daripada U.S. Route 101 dan State Route 1, jambatan ini menghubungkan kota San Francisco di hujung utara Semenanjung San Francisco ke Kaunti Marin. Jambatan Golden Gate jambatan gantung terpanjang di dunia semasa ia siap dibina pada tahun 1937, dan menjadi simbol kebanggaan di San Francisco dan California. Sejak siap dibina, panjang rentangnya telah dipintas oleh lapan lagi jambatan gantung. Ia masih lagi menjadi jambatan gantung kedua terpanjang di Amerika Syarikat, selepas Jambatan Verrazano-Narrows di Kota New York. Pada tahun 2007, ia berada pada kedudukan kelima di dalam Senarai senibina pilihan Amerika yang diterbitkan oleh Institut Senibina Amerika.

Nota

Rujukan

  • Tad Friend: Jumpers: The fatal grandeur of the Golden Gate Bridge, The New Yorker, October 13, 2003 v79 i30 page 48
  • "Golden Gate Bridge Natural Frequencies", Vibrationdata.com, April 5, 2006
  • Eric Steel: The Bridge, a 2006 documentary film regarding suicides occurring at the Golden Gate Bridge.

Pautan luar

  • Golden Gate Bridge official site
  • Golden Gate Bridge di Curlie
  • "Images of the Golden Gate Bridge" from San Francisco Public Library's Historical Photograph database

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Jambatan Golden Gate by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



PEUGEOT 205

Quelques articles à proximité