Aller au contenu principal

Masjid Nur Osmaniyah


Masjid Nur Osmaniyah


Masjid Nur Osmaniyah (Turki: Nuruosmaniye Camiicode: tr is deprecated ) ialah sebuah masjid era Osmaniyah abad ke-18 yang terletak di kejiranan Çemberlitaş, daerah Fatih, Istanbul, Turki, yang telah disenarai dalam senarai cadangan Tapak Warisan Dunia di Turki pada 2016.

Direka bentuk oleh seorang arkitek Yunani bukan Muslim bernama Simeon Kalfa, masjid ini ialah bangunan tugu Osmaniyah pertama yang memberi contoh gaya barok Osmaniyah baharu, yang mana ia memperkenalkan unsur barok dan neoklasik dari Eropah. Perhiasan masjid dan lamannya yang melengkung menunjukkan pengaruh baroknya. Kubah masjid ini ialah satu daripada yang terbesar di Istanbul. Masjid ini sebahagian daripada sebuah kompleks keagamaan yang besar (disebut kuliah oleh Turki) yang berperanan sebagai pusat kebudayaan, keagamaan dan pendidikan untuk kawasan kejiranan.

Dalam Kustantiniyah, kawasan masjid ini dekat dengan Forum Konstantin, di mana Tonggak Konstantin masih kukuh berdiri. Mengelilingi masjid tersebut ialah Bazar Raya Istanbul. Selepas pembinaan Masjid Sultan Ahmed, Masjid Nur Osmaniyah menjadi masjid empayar pertama yang dibina dalam tempoh 100 tahun.

Peranan semasa

Sebagai mercu tanda penting dan tapak bersejarah dalam pelancongan Isntanbul, masjid ini digunakan harian sebagai tempat ibadah. Pada 2018, pameran seni Yeditepe Biennial, diuruskan di bawah pentadbiran Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, menggunakan kawasan tangki air kompleks ini untuk menunjukkan karya seni yang memaparkan seni Turki tradisional dan moden.

Lihat juga

  • Senarai masjid
  • Barok Ukraine

Nota


Rujukan

Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Masjid Nur Osmaniyah by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité