Aller au contenu principal

Intel Corporation


Intel Corporation


Intel Corporation (NASDAQ: INTC) ialah sebuah perbadanan multinasional yang berpusat di Amerika Syarikat dan terkenal dengan rancangan dan penghasilan mikropemproses dan mengkhususkan dalam litar bersepadu. Intel juga membuat kad rangkaian, chipset papan induk, pemproses terbenam, komponen dan alat lain yang berkaitan dengan komunikasi dan komputer. Intel memiliki projek penyelidikan yang maju dalam seluruh aspek penghasilan semikonduktor, termasuk MEMS.

Intel menggantikan logo dan slogannya pada 1 Januari 2006. Antara slogan yang pernah Intel gunakan dahulu termasuklah "Intel inside", "Leap ahead", "Sponsors of Tomorrow". Kini, Intel sekali lagi menukar slogan utamanya kepada "Look Inside" (2013).

Maklumat kewangan

Kapitalisasi pasarnya sekitar AS$154 juta (Mac 2005).

Bursa saham

  • Intel diperdagangkan secara awam di NASDAQ dengan tanda INTC.

Indeks

  • Dow Industrials
  • S&P 500
  • Nasdaq 100
  • PHLX Semiconductor Sector (SOX)
  • GSTI Software Index

Persaingan

Pada 1980-an, Intel merupakan antara 10 penjual semikonduktor utama (ke-10 pada 1987) di dunia. Pada 1991, Intel menjadi pembuat cip terbesar mengikut hasil dan ini kekal sehingga kini. Syarikat semikonduktor utama lain termasuklah AMD, Samsung, Texas Instruments, Toshiba dan STMicroelectronics.

Dakwaan anti-persaingan oleh badan kawal selia

Kesatuan Eropah

Pada Julai 2007, Suruhanjaya Eropah menuduh Intel melakukan amalan anti-persaingan, kebanyakannya terhadap AMD. Dakwaan ini, seawal 2003, termasuklah memberikan harga pilihan kepada pembuat komputer yang membeli kebanyakan atau keseluruhan cip mereka daripada Intel, membayar pembuat komputer untuk menangguhkan atau membatalkan produk menggunakan cip AMD, dan membekalkan cip di bawah harga kos kepada kerajaan dan institusi pendidikan. Intel menjawab bahawa dakwaan tersebut tidak berasas dan sebaliknya menyatakan tindak tanduknya cuma mesra pengguna. Peguam Bruce Sewell pula membalas bahawa Suruhanjaya tersebut telah salah faham sesetengah andaian fakta terhadap kos penentuan harga dan pengilangan.

Pada Februari 2008, Intel menyatakan bahawa pejabatnya di Munich telah diserbu oleh pengawal selia Kesatuan Eropah. Intel melaporkan yang ia bekerjasama dengan para penyiasat. Intel boleh didenda sehingga 10% hasil tahunannya, jika didapati bersalah menghalang persaingan. AMD kemudiannya melancarkan sebuah tapak web berkenaan dakwaan ini. Pada Jun 2008, EU memfailkan dakwaan baru terhadap Intel. Seterusnya pada Mei 2009 EU mendenda Intel sebanyak €1.06 billon (AS$1.44bn) untuk amalan anti-persaingannya, suatu rekod baru. Intel didapati membayar beberapa syarikat, termasuk Acer, Dell, HP, Lenovo dan NEC, jika mereka hanya menggunakan cip Intel dan oleh itu memudaratkan syarikat cip lain termasuklah AMD. Suruhanjaya Eropah menyatakan Intel telah dengan sengaja bertindak menghalang persaingan dalam pasaran cip komputer dan dengan itu melakukan "pencabulan serius dan berterusan terhadap peraturan antitrust EU". Di samping denda tersebut, Intel juga diarahkan menghentikan segera amalan anti-persaingannya. Intel telah menyatakan yang ia akan merayu keputusan Suruhanjaya itu..

Galeri

Lihat juga

  • Senarai mikropemproses Intel
  • Senarai chipset Intel

Rujukan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi
  • Intel Corporation di Curlie

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Intel Corporation by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



PEUGEOT 205

Quelques articles à proximité