Aller au contenu principal

Légion d'honneur


Légion d'honneur


Légion d'honneur (bahasa Melayu: "Legion Terhormat"), atau nama penuhnya Darjah Negara Legion Terhormat (Perancis: Ordre national de la Légion d'honneurcode: fr is deprecated ), ialah darjah kebesaran Perancis yang dizahirkan oleh Napoleon Bonaparte pada 19 Mei 1802. Darjah tersebut merupakan anugerah tertinggi Perancis dan ia dibahagikan kepada lima kelas yang berbeza: Chevalier ("Kesatria), Officier ("Panglima"), Commandeur ("Komander"), Grand Officier ("Panglima Besar") and Grand Croix ("Salib Besar").

Cogan kata darjah tersebut ialah "Honneur et Patriecode: fr is deprecated " ("Kehormatan dan Tanah Air") dan berpusat di Palais de la Légion d'Honneur berhampiran tebing kiri Sungai Seine di Paris.

Darjah dan insignia

Darjah tersebut mempunyai lima kelas semasa pemerintahan Raja Louis XVIII, yang mengembalikan darjah itu pada tahun 1815. Semenjak pembaharuan, beberapa perbezaan telah wujud:

  • Tiga pangkat :
    • Chevalier ("Kesatria"): lencana darjah yang dipakai pada dada kiri yang digantung dengan reben.
    • Officier ("Panglima"): lencana darjah yang dipakai pada dada kiri yang digantung dengan reben berserta sebuah roset.
    • Commandeur ("Komander): lencana darjah yang dipakai dileher dengan reben.
  • Dua darjat :
    • Grand Officier ("Panglima Besar"): lencana darjah yang dipakai pada dada kiri yang digantung dengan reben berserta bintang darjah perak di dada kanan.
    • Grand-Croix ("Salib Besar") bekas grande décoration, grand aigle atau grand cordon: kelas tertinggi; lencana darjah yang disematkan pada selepang yang dipakai di bahu kanan, berserta bintang darjah emas di dada kiri.

Lencana darjah Légion ialah silang lima penjuru "Asterisk Malta" (untuk lebih gambaran – sila lihat Salib Malta) yang disadur air emas (perak untuk pangkat chevalier) berenamel putih, berserta enamel daun laurel dan kalungan bunga oak dicelah penjuru. Bahagian depan cakera tengah bersadur air emas yang memaparkan kepala Marianne, dikelilingi oleh perkataan République Française pada bulatan enamel biru. Bahagian belakang cakera tengah juga disadur air emas, berserta satu set silang tiga warna, dikelilingi cogan kata Légion Honneur et Patrie ("Kehormatan dan Tanah Air) dan tarikh penzahirannya diukir pada bulatan enamel biru. Lencana darjah itu digantung bersama enamel daun laurel dan kalungan bunga oak.

Bintang darjah (atau "plak") dipakai oleh Grand-Croix (saduran emas, dada kiri) dan Grand Officier (saduran perak, dada kanan); ia sama seperti lencana darjah, tetapi tanpa enamel, dan berserta kalungan bunga yang digantikan sekelompok pancaran cahaya dicelah setiap bucu. Cakera tengah memaparkan kepala Marianne, dikelilingi oleh perkataan legenda République Française (Republik Perancis) dan cogan kata Honneur et Patrie ("Kehormatan dan Tanah Air").

Reben bagi pingat ini berwarna merah kosong.

Lencana darjah atau bintang darjah jarang dipakai, melainkan pada majlis penganugerahan pingat atau pakaian tentera atau pakaian rasmi. Sebaliknya, seseorang biasanya memakai reben atau roset pada baju.

Rujukan

Pautan luar

  • Legiondhonneur.fr
  • French Embassy in Canada article, ambafrance-ca.org
  • Base Léonore, recensement des récipiendaires de la Légion d’honneur (décédés avant 1977), dalam laman sesawang Kementerian Budaya Perancis (Perancis)


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Légion d'honneur by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



INVESTIGATION

Quelques articles à proximité