Aller au contenu principal

Pertempuran Berlin


Pertempuran Berlin


Pertempuran Berlin, di namakan Operasi Serangan Strategik Berlin oleh Kesatuan Soviet, adalah penyerangan besar terakhir dalam kancah Eropah Perang Dunia II.

Bermula pada 12 Januari 1945, Tentera Merah memecahkan barisan Jerman hasil dari Penyerangan Vistula–Oder dan mara kearah barat, sepantas 40 kilometer (25 batu) sehari menerusi Prusia Timur, Lower Silesia, Pomerania Timur, dan Upper Silesia, berhenti sementara di sempadan 60 km (37 bt) timur Berlin disepanjang Sungai Oder. Apabila serangan tersebut bersambung, dua barisan (kumpulan tentera darat) Soviet menyerang Berlin dari arah timur dan selatan, manakala barisan ketiga menyerang tentera Jerman yang berada di utara Berlin. Pertempuran didalam kota bermula dari 20 April hingga pagi 2 Mei.

Persiapan defensif pertama di pinggir Berlin telah dibuat pada 20 Mac, setelah panglima baru Kumpulan Tentera Darat Vistula, Jeneral Gotthard Heinrici, dengan tepat menjangkakan bahawa kemaraan utama Soviet akan berlaku di atas Sungai Oder. Sebelum pertempuran utama di Berlin bermula, pihak Soviet berjaya mengepung kotaraya tersebut sebagai hasil daripada kejayaan mereka didalam pertempuran Seelow Heights dan Halbe. Semasa 20 April 1945, Barisan Pertama Belorussia yang dipimpin oleh Marsyal Georgy Zhukov mula mengebom pusat bandar Berlin, manakala Barisan Pertama Ukraine Marsyal Ivan Konev telah mara dari selatan melepasi formasi terakhir Kumpulan Tentera Darat Tengah. Pertahanan Jerman sebahagian besarnya dipimpin oleh Jeneral Helmuth Weidling dan terdiri daripada beberapa divisyen Wehrmacht dan Waffen-SS yang serba kekurangan, tidak dilengkapi dengan baik, dan tidak tersusun, waima SS merangkumi ramai sukarelawan asing SS, serta anggota Volkssturm dan Belia Hitler yang tidak terlatih. Di dalam masa beberapa hari, pihak Soviet dengan pantas mara kedalam kotaraya itu dan menghampiri pusat bandar yang mana berlakunya pertempuran jarak-rapat.

Sebelum pertempuran berakhir, Führer Jerman Adolf Hitler dan beberapa pengikutnya membunuh diri. Askar-askar pertahanan ibu negara itu akhirnya menyerah diri pada 2 Mei; walau bagaimanapun, pertempuran berterusan hingga ke barat laut, barat, dan barat daya Berlin sehingga penghujung perang di Eropah pada 8 Mei (9 Mei di Soviet Union) sambil unit-unit Jerman berjuang ke arah barat supaya mereka boleh menyerah kepada Sekutu Barat bukannya kepada pihak Soviet.

Lihat juga

  • Pertempuran dalam Berlin

Nota

Nota kaki

Petikan

Rujukan

Bacaan lanjut


  • Antill, P. Battle for Berlin: April& |nbsp;– May 1945. Includes the Order of Battle for the Battle for Berlin (Le Tissier, T. The Battle of Berlin 1945, Jonathan Cape, London, 1988.
  • Durie, W. The British Garrison Berlin 1945–1994: No Where to Go, Berlin: Vergangenheits/Berlin. 2012. ISBN 978-3-86408-068-5
  • Erickson, John (1983), The Road to Berlin: Continuing the History of Stalin's War with Germany, Westview Press, ISBN 978-0-89158-795-8
  • Anonymous; A Woman in Berlin: Six Weeks in the Conquered City Translated by Anthes Bell, ISBN 978-0-8050-7540-3
  • Kuby, Erich (1968), The Russians and Berlin, 1945, Hill and Wang
  • Moeller, Robert G. (1997), West Germany Under Construction, University of Michigan Press, ISBN 978-0-472-06648-3
  • Naimark, Norman M. (1995), The Russians in Germany: A History of the Soviet Zone of Occupation, 1945–1949, Cambridge: Belknap, ISBN 978-0-674-78405-5
  • Read, Anthony and Fisher, David; The Fall of Berlin, London: Pimlico, 1993. ISBN 978-0-7126-0695-0
  • Sanders, Ian J. ; Photos of World War 2 Berlin Locations today di Wayback Machine (diarkibkan pada Oktober 14, 2007)
  • Shepardson, Donald E.; "The Fall of Berlin and the Rise of a Myth", The Journal of Military History, Vol. 62, No. 1. (1998), pp. 135–153.
  • Remme, Tilman; The Battle for Berlin in World War Two BBC article
  • White, Osmar By the eyes of a war correspondent Diarkibkan 2007-03-18 di Wayback Machine Alternative account of crimes against civilians
  • RT (TV network), (official channel on YouTube). "Fall of Berlin: Stopping the Nazi Heart" di YouTube. 27 June 2010. 26-minute video.

Collection James Bond 007


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Pertempuran Berlin by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité

Non trouvé