Aller au contenu principal

Kota Damansara (kawasan negeri)


Kota Damansara (kawasan negeri)


Kota Damansara ialah sebuah kawasan pilihan raya negeri yang terletak di negeri Selangor, Malaysia yang telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri Selangor sejak tahun 2004. Kawasan negeri ini terletak di dalam kawasan parlimen Sungai Buloh (P107) dan memiliki kod DUN iaitu, N39.

Kawasan pilihan raya ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 2004, dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Selangor di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak.

Sejarah

Pembentukan

Kawasan pilihan raya Kota Damansara dicipta pada tahun 2003. Pada asalnya, kawasan ini terletak di bawah kerusi parlimen Subang sehingga tahun 2017. Namun, pada tahun berikutnya iaitu 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah mengesyorkan kawasan negeri ini, Kota Damansara dimasukkan ke kawasan parlimen Sungai Buloh iaitu hasil pembentukan kerusi baharu di Parlimen Malaysia dari kawasan Subang.

Sejarah perwakilan

Daerah mengundi

Berdasarkan warta yang diperakui pada 29 April 2016, kawasan pilihan raya ini mempunyai 17 daerah mengundi, iaitu Kampung Baharu Sungai Buloh, RRI Sungai Buloh, Pinggiran Subang, Taman Subang Baharu, Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Seksyen 4 dan 5 Kota Damansara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, Kampung Baharu Subang, Seksyen 7 Kota Damansara,Kampung Baharu Sungai Buloh Dewan, Jalan Merbau Kampung Baharu SUbang, Mutiara Subang, Seksyen 6 Kota Damansara, Seksyen 8 dan 9 Kota Damansara, Seksyen 10 dan 11 Kota Damansara dan Kem Sungai Buloh. Setiap daerah mengundi mempunyai satu pusat pengundian. Rujuk jadual dibawah selengkapnya.

Keputusan pilihan raya

Rujukan

Pautan luar

  • "Keputusan Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-12. Dicapai pada 2018-08-12.
Collection James Bond 007

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Kota Damansara (kawasan negeri) by Wikipedia (Historical)