Aller au contenu principal

Anuar Malek


Anuar Malek


Anuar bin Malek (1963 – 11 Julai 2020) ialah bekas Presiden Felda United FC, beliau juga merupakan pegawai tadbir pada tahun 1982 dan Timbalan Pengarah Besar Felda sejak 2015

Kerjaya

Anuar seorang pegawai tadbir Felda pada tahun 1982. Beliau juga bertanggungjawab sebagai Pengarah Pembangunan Komuniti Felda pada 2013 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Besar Felda dua tahun kemudian.

Anuar merupakan Presiden Felda United FC sejak Mac 2019. Beliau disifatkan sebagai seorang yang banyak melakukan perubahan dalam struktur pengurusan Felda United FC ketika memegang jawatan itu.

Kematian

Anuar meninggal dunia pada 11 Julai 2020 akibat komplikasi jantung di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat anak. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Seremban Kuala Pilah sebelum zohor.

Rujukan


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Anuar Malek by Wikipedia (Historical)