Aller au contenu principal

Seberang Perai Selatan


Seberang Perai Selatan


Seberang Perai Selatan ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Sungai Jawi dan bandar terbesarnya ialah Nibong Tebal. Daerah ini juga merupakan salah satu daripada tiga daerah pentadbiran di Seberang Perai, kawasan tanah besar di Pulau Pinang.

Pentadbiran

Daerah Seberang Perai Selatan ditadbir oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai. Antara bandar dan pekan lain yang terletak dalam daerah ini termasuklah Batu Kawan, Bukit Tambun, Simpang Ampat dan Sungai Bakap. Daerah Seberang Perai Selatan terbahagi kepada 16 mukim;

  1. Mukim 1
  2. Mukim 2
  3. Mukim 3
  4. Mukim 4
  5. Mukim 5
  6. Mukim 6
  7. Mukim 7
  8. Mukim 8
  9. Mukim 9
  10. Mukim 10
  11. Mukim 11
  12. Mukim 12
  13. Mukim 13
  14. Mukim 14
  15. Mukim 15
  16. Mukim 16
  17. Bandar Nibong Tebal
  18. Bandar Sungai Bakap

Geografi

Daerah Seberang Perai Selatan bersempadan dengan;

  • Utara: Daerah Seberang Perai Tengah
  • Timur laut: Daerah Kulim, Kedah
  • Timur: Daerah Bandar Baharu, Kedah
  • Selatan: Daerah Kerian, Perak
  • Barat: Selat Pulau Pinang

Daerah Seberang Perai berkeluasan 242 kilometer persegi. Purata ketinggian daratan daerah ini ialah 29 meter di atas aras laut manakala titik tertinggi mencecah 401 meter, yang terletak di Bukit Panchor, Taman Negeri Bukit Panchor.

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Seberang Perai Selatan ialah seramai 184,007 orang dengan kepadatan penduduk 760 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Seberang Perai Selatan merupakan Bumiputera, dengan peratusan 44 peratus daripada jumlah penduduk.

Agama

Di daerah Seberang Perai Selatan, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 43.3 peratus diikuti agama Buddha sebanyak 33 peratus, agama Hindu sebanyak 15.7 peratus, agama Kristian sebanyak dua peratus dan lain-lain agama sebanyak dua peratus. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.17 peratus dan hampir empat peratus penduduk tidak diketahui agamanya.

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Seberang Perai Selatan. Terdapat sebanyak 56 buah sekolah di daerah ini;

Daerah Timur Laut juga mempunyai 15 buah balai polis, tiga balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan


Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Seberang Perai Selatan by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION