Aller au contenu principal

Blackpink: Light Up the Sky


Blackpink: Light Up the Sky


Blackpink: Light Up the Sky (ditulis BLACKPINK: Light Up the Sky) ialah filem dokumentari Amerika Syarikat dan Korea Selatan 2020 arahan Carolina Suh, yang menceritakan kisah kumpulan wanita Korea Selatan Blackpink dan mengikuti perjalanannya menuju kejayaan. Filem ini dikeluarkan di Netflix pada 14 Oktober 2020.

Filem dokumentari ini ialah filem dokumentari pertama Blackpink, dan filem asal pertama Netflix mengenai K-pop.

Sinopsis

Menceritakan detik yang belum pernah dilihat sebelum ini dan membahas lebih mendalam dengan masing-masing dari empat anggota BLACKPINK. Memperlihatkan bagaimana BLACKPINK sampai ke titik jelajah dunia yang terjual habis hingga penampilan bersejarah dalam Festival Coachella 2019, di mana mereka menjadi kumpulan muzik K-Pop wanita pertama yang tampil di pentas festival legenda tersebut. Setiap ahli mencerminkam naik turunnya kejayaam dan perjalanan panjang yang mendatang dan membawa mereka kejayaan di seluruh dunia. Di samping itu juga akan mengungkap bagaimana keempat ahli memperluas populariti K-pop, membuktikan bahwa muzik tidak mengenal batas atau sempadan bahasa.

Pelakon

  • Blackpink
  • Teddy Park

Promosi

8 September 2020, Netflix dan Blackpink mengumumkan tarikh tayangan Blackpink: Light Up the Sky di pelbagai platform media sosial. Setelah dikeluarkan pada 14 Oktober 2020, ikon profil dari keempat ahli Blackpink akan ditampilkan di Netflix.

Rujukan

Pautan luar

  • Blackpink: Light Up the Sky di Netflix
  • Blackpink: Light Up the Sky di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Blackpink: Light Up the Sky by Wikipedia (Historical)


PEUGEOT 205