Aller au contenu principal

TV Chosun


TV Chosun


TV Chosun (Korea: TV조선code: ko is deprecated ; Hanja: 株式會社朝鮮放送; Jusikhoesa Joseon Bangsong; "Company Korea Broadcasting"), digayakan sebagai TV CHOSUN, ialah rangkaian televisyen berbayar dan syarikat penyiaran Korea Selatan, yang dimiliki oleh konsortium Chosun Ilbo. Rangkaian ini mulai ke udara pada 1 Disember 2011.

TV Chosun ialah salah satu dari empat rangkaian TV kabel generalis nasional Korea Selatan baru bersama dengan JTBC milik JoongAng Ilbo, Channel A milik Dong-A Ilbo, dan MBN milik Maeil Kyungje pada 2011. Empat rangkaian baru itu melengkapi rangkaian TV konvensional siaran percuma seperti KBS, MBC, SBS, dan saluran kecil lain yang diancarkan setelah deregulasi pada tahun 1990.

Sejarah

  • 22 Julai 2009 - Pindaan undang-undang Media diluluskan oleh majlis kebangsaan Korea Selatan untuk deregulasi pasaran media Korea Selatan.
  • 31 Disember 2010 - JTBC, TV Chosun, MBN, dan Channel A terpilih sebagai Penyiar Saluran Televisyen Kabel Umum.
  • 1 Disember 2011 – TV Chosun mulai ke udara.

Lihat juga

  • JTBC
  • MBN

Rujukan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi (dalam bahasa Korea)

Collection James Bond 007


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: TV Chosun by Wikipedia (Historical)