Aller au contenu principal

The 40-Year-Old Virgin


The 40-Year-Old Virgin


The 40-Year-Old Virgin (ditulis sebagai The 40 Year-Old Virgin) ialah sebuah filem komedi romantik Amerika Syarikat 2005 yang ditulis, diterbitkan dan diarahkan oleh Judd Apatow, mengisahkan tentang seorang lelaki berusia dalam penjelajahannya untuk berhubungan intim. Filem ini dibintangi oleh Steve Carell yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Filem tersebut dikeluarkan di pawagam di Amerika Utara pada 19 Ogos 2005 dan dikeluarkan di wilayah 1 DVD pada 13 Disember 2005.

Pelakon

  • Steve Carell sebagai Andy Stitzer
  • Catherine Keener sebagai Trish Piedmont
  • Paul Rudd sebagai David
  • Romany Malco sebagai Jay
  • Seth Rogen sebagai Cal
  • Jane Lynch sebagai Paula
  • Elizabeth Banks sebagai Beth
  • Leslie Mann sebagai Nicky
  • Kat Dennings sebagai Marla Piedmont
  • Gerry Bednob sebagai Mooj
  • Jordan Masterson sebagai Mark
  • Shelley Malil sebagai Haziz
  • Jonah Hill sebagai Pelanggan eBay
  • Marisa Guterman sebagai Perempuan dengan Kawat
  • Marika Dominczyk sebagai Bernadette
  • Mindy Kaling sebagai Amy
  • Mo Collins sebagai Gina
  • Stormy Daniels sebagai Bintang Lucah
  • Loudon Wainwright sebagai Pendeta
  • Cedric Yarbrough sebagai Paderi Klinik Kesihatan #1
  • David Koechner sebagai Paderi Klinik Kesihatan #2
  • Jeff Kahn sebagai Paderi Klinik Kesihatan #3
  • Kevin Hart sebagai Pelanggan Teknologi Pintar
  • Rose Abdoo sebagai Ibu di Restoran
  • Jazzmun sebagai Perempuan Pelacur Panggilan
  • Nancy Carell sebagai Kaunselor Klinik Kesehatan
  • Wyatt Smith sebagai lelaki di Majlis Pernikahan (Tidak disebutkan)
  • Ann Christine sebagai Kim (Tidak disebutkan)
  • Jenna Fischer sebagai Wanita #1 (Tidak disebutkan)
  • Phyllis Smith sebagai Ibu Andy (Tidak disebutkan)

Sambutan

Ulasan

The 40-Year-Old Virgin menerima ulasan positif. Rotten Tomatoes mendapat penarafan sebanyak 85%, berdasarkan pada 181 ulasan, dengan penarafan rata-ratanya 7.2/10.

Kutipan pecah panggung

Filem ini menjadi hit musim panas, dan meraih kedudukan No. 1 dalam pecah panggung, menerima keuntungan sebanyak $21,422,815 pada minggu pembukaannya, dan berada di kedudukan No. 1 pada minggu berikutnya. Filem ini meraih keuntungan sebanyak $109,449,237 dalam pasaran domestik, dan $67,929,408 di luar negeri, dengan jumlah sebanyak $177,378,645. Filem ini meraih kedudukan ke-25 dari segi keuntungan global, dan meraih kedudukan ke-19 di Amerika Syarikat pada tahun tersebut.

Media rumah

Dalam video rumah, filem ini dikeluarkan dengan tambahan 17 minit di bawah sepanduk "tanpa penarafan".

Lihat juga

  • Naughty @ 40, pembikinan semula Bollywood 2011
  • The 41-Year-Old Virgin Who Knocked Up Sarah Marshall and Felt Superbad About It, sebuah parodi pengarahan DVD 2010 dari filem ini dan beberapa filem Judd Apatow yang lain

Rujukan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi
  • The 40-Year-Old Virgin di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • The 40-Year-Old Virgin di Allmovie
  • The 40-Year-Old Virgin di Box Office Mojo
  • The 40-Year-Old Virgin di Rotten Tomatoes
Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: The 40-Year-Old Virgin by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION