Aller au contenu principal

Pentadbiran Tentera (Jerman Nazi)


Pentadbiran Tentera (Jerman Nazi)


Semasa Perang Dunia II, Jerman Nazi mewujudkan pihak berkuasa ketenteraan di wilayah-wilayah taklukan yang mana dikenali sebagai Pentadbiran tentera atau Pihak berkuasa pentadbiran tentera (Jerman: Militärverwaltungcode: de is deprecated ). Ini berbeza dengan Reichskommissariat yang dipimpin oleh para pegawai Parti Nazi. Pentadbiran tentera biasanya dipimpin oleh "panglima tentera" (Militärbefehlshabercode: de is deprecated , akronim rasmi MilBfh.).

Lokasi

  • Pentadbiran Tentera di Belgium dan Utara Perancis (Jerman: «Militärverwaltung in Belgien und Nordfrankreich»)
  • Pentadbiran Tentera di Perancis (Jerman: «Militärverwaltung in Frankreich»)
  • Pentadbiran Tentera di Greece (Jerman: «Militärverwaltung in Griechenland»)
  • Pentadbiran Tentera Luxembourg (Jerman: «Militärverwaltung Luxemburg»)
  • Pentadbiran Tentera di Serbia (Jerman: «Militärverwaltung in Serbien»)
  • Pentadbiran Tentera di Kesatuan Soviet (Jerman: «Militärverwaltung in der Sowjetunion»), dibahagikan kepada zon-zon Operasi («Operationszone Ost») betul-betul dibelakang barisan hadapan, dan Kawasan Tentera Darat Belakang («Rückwärtige Heeresgebieten») yang lebih jauh.
  • Pentadbiran Tentera di Poland (Jerman: «Militärverwaltung in Polen»), kemudian dibahagikan kepada wilayah-wilayah yang diilhak terus kedalam Jerman, dan Kerajaan Am («Generalgouvernement»).

Lihat juga

  • Reichskommissariat
  • Eropah taklukan Jerman

Rujukan


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Pentadbiran Tentera (Jerman Nazi) by Wikipedia (Historical)