Aller au contenu principal

Wilayah Panglima Tentera di Serbia


Wilayah Panglima Tentera di Serbia


Wilayah Panglima Tentera di Serbia (Jerman: Gebiet des Militärbefehlshabers in Serbiencode: de is deprecated ; Serbia: Подручје Војног заповедника у Србији / Područje vojnog zapovednika u Srbijicode: sr is deprecated ) adalah kawasan Kerajaan Yugoslavia yang diletakkan dibawah kerajaan tentera pendudukan oleh Wehrmacht susulan dari pencerobohan, pendudukan dan pembubaran Yugoslavia pada April 1941. Wilayah ini hanya merangkumi Serbia Tengah, dengan penambahan bahagian utara Kosovo (sekeliling Kosovska Mitrovica), dan Banat. Wilayah ini adalah satu-satunya kawasan Yugoslavia yang dipecahkan di mana penjajah Jerman menubuhkan sebuah kerajaan tentera. Ini disebabkan laluan keretapi utama dan pengangkutan sungai yang melaluinya, dan sumber-sumbernya yang berharga, terutama logam bukan ferus. Pada 22 April 1941, wilayah ini diletakkan dibawah kuasa tertinggi panglima tentera Jerman di Serbia, dengan pentadbiran harian wilayah itu diurus oleh ketua staf pentadbiran tentera. Urusan perintah dan kawal di wilayah taklukan itu tidak pernah disatukan, dan dibuat lebih kompleks dengan pelantikan wakil langsung tokoh kanan Nazi seperti Reichsführer-SS Heinrich Himmler (bagi hal ehwal polis dan keselamatan), Reichsmarschall Hermann Göring (bagi ekonomi), dan Reichsminister Joachim von Ribbentrop (bagi hal ehwal luar negeri). Pihak Jerman menggunakan tentera Bulgaria untuk membantu penjajahan itu, tetapi mereka setiap masa dibawah kawalan Jerman. Beberapa sumber menggambarkan wilayah itu sebagai negara boneka, negeri naungan, "wilayah pentadbiran khas", atau diterangkan sebagai sebuah kerajaan boneka. Panglima tentera di Serbia mempunyai sedikit pasukan garison Jerman dan detasmen polis untuk mengekalkan ketenteraman, tetapi boleh meminta bantuan dari sebuah pasukan pendudukan kor yang kurang lengkap terdiri dari tiga divisyen.

Panglima tentera Jerman di Serbia melantik dua kerajaan awam boneka Serbia untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran sesuai dengan arahan dan pengawasan Jerman. Pentadbiran pertama adalah Kerajaan Komisioner yang ditubuhkan pada 30 Mei 1941. Kerajaan Komisioner adalah agen asas rejim pendudukan, tetapi tidak mempunyai kuasa. Pada akhir Julai 1941, satu pemberontakan bermula di dalam wilayah yang diduduki, dan dengan cepat dipenuhi oleh gendarmerie Serbia, pasukan polis dan keselamatan Jerman, bahkan juga pasukan infantri kawasan simpanan. Untuk mengatasi pemberontakan ini, yang melibatkan komunis-pimpinan Partisan Yugoslavia dan monarkis Chetnik, sebuah kerajaan boneka kedua ditubuhkan. Kerajaan Salvation Nasional dibawah Milan Nedić menggantikan Kerajaan Komisioner pada 29 Ogos 1941. Walaupun mendapat sokongan, rejim ini tidak popular dengan majoriti orang Serbia. Ia gagal mengubah arus namun, dan pihak Jerman terpaksa membawa masuk divisyen-divisyen barisan hadapan daripada Perancis, Greece bahkan juga Barisan Timur untuk menghalang pemberontakan itu. Bermula dari akhir September 1941, Operasi Uzice menyingkirkan puak Partisan daripada wilayah taklukan, dan pada Disember, Operasi Mihailovic memecahkan puak Chetnik. Penentangan diteruskan pada skala kecil sehingga tahun 1944, diikuti dengan pembunuhan balas dendam yang kerap, dan pernah waktu ketika melibatkan hukuman mati terhadap 100 orang tebusan bagi setiap rakyat Jerman yang dibunuh.

Rejim Nedić tiada status dalam undang-undang antarabangsa, tiada lebihan kuasa yang diberikan oleh pihak Jerman, dan hanya merupakan alat pemerintahan Jerman. Walaupun tentera Jerman memimpin dan mengarah Penyelesaian Terakhir di Serbia serta memonopoli pembunuhan orang Yahudi, mereka telah dibantu secara aktif oleh kolaborator berbangsa Serbia. Kem tahanan Banjica di Belgrade dikendalikan bersama oleh rejim Nedic dan tentera Jerman. Satu kawasan dimana pentadbiran boneka melaksanakan inisiatif dan mencapai kejayaan adalah penerimaan dan penjagaan ratusan ribu pelarian berbangsa Serb daripada bahagian lain Yugoslavia yang berpecah. Sepanjang penjajahan, Banat adalah rantau autonomi, dulu bertanggungjawab bagi kerajaan boneka di Belgrade, tetapi secara praktiknya ditadbir oleh kaum minoriti Volksdeutsche (etnik Jerman). Manakala Kerajaan Komisioner diterhadkan penggunaan gendarmerie, kerajaan Nedić diberi kuasa untuk membesarkan angkatan bersenjata, iaitu Pengawal Negara Serbia, untuk melaksanakan arahan, tetapi mereka segera diletakkan dibawah kawalan Pemimpin Kanan SS dan Polis, dan pada dasarnya berfungsi sebagai auksiliari Jerman sehingga pengunduran Jerman pada Oktober 1944. Pihak Jerman juga membesarkan beberapa pasukan auksiliari tempatan yang lain untuk pelbagai tugas dalam wilayah tersebut. Untuk menjaga lombong-lombong Trepča dan jalan keretapi Belgrade-Skopje, pihak Jerman membuat perjanjian dengan kolaborator Albania di hujung utara Kosovo yang menghasilkan autonomi wilayah yang berkesan dari kerajaan boneka Belgrade, yang kemudian memformalkan perjanjian Jerman. Kerajaan Salvation Nasional kekal memerintah sehinggalah pengunduran Jerman semasa menghadapi penyerangan Belgrade dari Tentera Merah, Tentera Rakyat Bulgaria dan Partisan. Semasa penjajahan, pihak berkuasa Jerman membunuh hampir keseluruhan orang Yahudi yang tinggal dalam wilayah jajahan, dengan menembak mati kaum lelaki sebagai pembalasan dendam yang dilakukan pada tahun 1941, dan membunuh kaum wanita dan kanak-kanak pada awal tahun 1942 dengan menggunakan van gas beracun. Selepas perang, beberapa orang pemimpin utama Jerman dan Serbia di wilayah jajahan itu telah dibicarakan dan dihukum mati kerana jenayah perang.

Lihat juga

  • Pendudukan Austria-Hungari ke atas Serbia, iaitu pendudukan tentera Austria-Hungari terhadap Kerajaan Serbia semasa Perang Dunia I.

Nota

Petikan

Rujukan

Buku

Jurnal

Laman web

Bacaan lanjut

  • Klemenčič, Matjaž; Žagar, Mitja (2004). The Former Yugoslavia's Diverse Peoples: A Reference Sourcebook. Santa Barbara: ABC-CLIO. ISBN 1-576-07294-0.
  • Pavlowitch, Stevan K. (1985). Unconventional Perceptions of Yugoslavia 1940–1945. New York: Columbia University Press. ISBN 9780880330817.
  • Prusin, Alexander (2017). Serbia Under the Swastika: A World War II Occupation. University of Illinois Press. ISBN 978-0-252-04106-8.
  • Brborić, Ivan (2010). "Ministarski savet Milana Nedića decembar 1941 – novembar 1942" (PDF). Istorija 20. Veka (dalam bahasa SerboCroatia). 28 (3): 169–180.
  • Kerkez, S. Đ. (2011). "Policy of German-quisling's forces toward peasantry in occupied Serbia" (PDF). Baština (30): 81–103.

Pautan luar

  • Belgrade's Anti-Masonic exhibition of 1941–42

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Wilayah Panglima Tentera di Serbia by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION