Aller au contenu principal

Reichskommissariat Ukraine


Reichskommissariat Ukraine


Semasa Perang Dunia II, Reichskommissariat Ukraine (singkatan RKU) adalah rejim pendudukan awam (Reichskommissariat) bagi Ukraine taklukan Jerman Nazi (yang merangkumi kawasan bersebelahan dengan zaman moden Belarus dan Republik Poland Kedua). Ia telah ditadbir oleh Kementerian Reich bagi Wilayah Taklukan Timur yang diketuai oleh Alfred Rosenberg. Antara September 1941 dan Ogos 1944, Reichskommissariat ini ditadbir oleh Erich Koch selaku Reichskommissar. Tugas-tugas pentadbiran termasuklah pengamanan dan pemajuan rantau itu, untuk kepentingan Jerman, melalui sumber-sumber dan rakyatnya. Adolf Hitler mengeluarkan perintah Führer yang mewujudkan pentadbiran wilayah taklukan Timur yang baru pada 17 Julai 1941.

Sebelum pencerobohan Jerman, Ukraine merupakan anggota republik Kesatuan Soviet, di huni oleh orang Ukraine berserta minoriti Rusia, Poland, Yahudi, Belarusia, Jerman, Romani dan Tatar Krimea. Ia adalah subjek utama rancangan Nazi untuk pembesaran pasca perang negara Jerman. Pendudukan Nazi di Ukraine mengakhiri nyawa berjuta-juta orang awam dalam Holokus dan pembunuhan besar-besaran Nazi yang lain: dianggarkan 900,000 hingga 1.6 juta orang Yahudi dan 3 hingga 4 juta rakyat Ukraine bukan Yahudi dibunuh semasa pendudukan; sumber lain menganggarkan 5.2 juta orang awam Ukraine (dari semua kumpulan etnik) mati akibat jenayah terhadap kemanusiaan, penyakit berkaitan perang, dan kebuluran yang berjumlah lebih 12% dari penduduk Ukraine pada masa itu.

Lihat juga

  • Persekongkolan di Ukraine taklukan Jerman
  • Ostarbeiter
  • Penyembelihan rakyat Poland di Volhynia dan Timur Galicia
  • Babi Yar
  • Perlawanan Maut
  • Word of the Righteous

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Toynbee, Arnold; Toynbee, Veronica; dll. (1954), "Ukraine, under German Occupation, 1941-44", Hitler's Europe, London: Oxford University Press, m/s. 316–337.
  • Berkhoff, Karel C. (2004), Harvest of Despair: Life and Death in Ukraine Under Nazi Rule, Cambridge, Mass.: Belknap Press, ISBN 0-674-01313-1.
  • Rich, Norman (1974), Hitler's War Aims: The Establishment of the New Order, New York: W. W. Norton & Company, ISBN 0-393-05509-4.

Pautan luar

  • Officials of the Ostministerium and the Reichskommissariats di Wayback Machine (diarkibkan Oktober 29, 2009)
  • Map of Occupied Europe

Templat:Reichskommissariats

Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Reichskommissariat Ukraine by Wikipedia (Historical)