Aller au contenu principal

Curtiss Autoplane


Curtiss Autoplane


Curtiss Autoplane ciptaan Glenn Curtiss pada tahun 1917 dianggap sebagai percubaan pertama untuk membina pesawat yang boleh digunakan di jalan raya . Ia seakan-akan sebuah kereta terbang. Walaupun kenderaan tersebut mampu terangkat dari tanah, ia tidak pernah mencapai penerbangan penuh.

Pembangunan dan reka bentuk

Pesawat Autoplane ialah triplane menggunakan sayap daripada pesawat latihan Curtiss Model L, dengan sayap depan kecil dipasang pada muncung pesawat. Badan aluminium Autoplane menyerupai pesawat Curtiss Model T dan mempunyai tiga tempat duduk dalam kabin tertutup. Juruterbang/pemandu duduk di tempat duduk hadapan dan dua penumpang bersebelahan di belakang. Ia menggunakan kipas penolak empat bilah, dan ekor boom berkembar. Enjin Curtiss OXX 100 kuasa kuda memacu kipas melalui aci dan tali sawat. Pesawat itu mempunyai bahagian bawah empat roda, dengan dua roda hadapan boleh dikendalikan. Sayap dan ekor boleh ditanggalkan untuk digunakan sebagai kereta.

Ia telah dipamerkan di Pameran Aeronautik Pan-American di New York City pada Februari 1917. Ia membuat beberapa lompatan singkat sebelum Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia I pada April 1917 lalu menamatkan pembangunan Autoplane.

Spesifikasi

Data dari Curtiss Aircraft 1907–1947

Ciri-ciri umum

  • Krew: 1
  • Kapasiti: 2 passengers
  • Panjang: 27 ka (8.2 m)
  • Rentang sayap: 40 ka 6 in (12.34 m)
  • Tinggi: 10 ka (3.0 m)
  • Janakuasa: 1 × Curtiss OXX water-cooled V8 engine, 100 hp (75 kW)

Prestasi

  • Halaju maksimum: 65 mph (105 km/j, 56 kn)

Rujukan

  • Bowers, Peter M. (1979). Curtiss Aircraft 1907–1947. London: Putnam & Company. ISBN 0-370-10029-8.
  • Rubor, V. "Une limousine aérienne" [An aerial limousine]. La Science et la Vie (dalam bahasa Perancis). Paris, France: 179–180.
  • Glenn H. Curtiss: Autoplane, patent filed February 14, 1917; issued February 18, 1919

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Curtiss Autoplane by Wikipedia (Historical)