Aller au contenu principal

Laluan Persekutuan Malaysia 67


Laluan Persekutuan Malaysia 67


Jalan Sungai Petani-Baling (atau Laluan Persekutuan 67) merupakan jalan raya persekutuan di Daerah Baling dan Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia. Jalan raya sepanjang 56.07 kilometer (34.8 bt) ini diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Sejarah

Jalan Sungai Petani- Baling atau Laluan Persekutuan 67 diwartakan pada 10 Oktober 1989. Kilometer sifar terletak di Sungai Petani, Kedah di Laluan Persekutuan Malaysia 1 , jalan raya utama di Semenanjung Malaysia.

Ciri-ciri

Di kebanyakan bahagian, Laluan Persekutuan 67 telah dibina di bawah piawaian jalan JKR R5 iaitu, semua kenderaan dibenarkan memandu had laju maksimum sehingga 90 km/j. Semasa pembinaan Lebuhraya Timur-Barat , sebahagian laluannya dibina dengan mengambil Jajaran Jalan Baling-Sungai Petani sedia ada. Jajaran tersebut bermula di Pekan Tawar (5°36′25″N 100°46′58″E) hingga ke Pekan Kupang (5°38′03″N 100°49′35″E). Hasilnya, dua-dua laluan ini bertindih dan tidak merubah apa-apa kod laluan. Selain itu, Laluan Persekutuan 67 juga merupakan lokasi kerap berlaku kemalangan. Laluan ini disenaraikan dalam Ops Selamat 1 yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PRPM) pada tahun 2012.

Senarai simpang

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Laluan Persekutuan Malaysia 67 by Wikipedia (Historical)