Aller au contenu principal

ILY:1


ILY:1


ILY:1 (/aɪliːhwnj/; Hangul: 아일리원code: ko is deprecated ; RR: Ailliwon) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh FC ENM pada tahun 2022. Kumpulan ini terdiri dari enam orang ahli iaitu Hana, Ara, Rona, Ririka, Nayu dan Elva. Kumpulan ini debut pada 4 April 2022 dengan album single pertama mereka Love in Bloom.

Nama

Nama kumpulan 'ILY:1' ialah gabungan 'I' as in oneself dan '-ly' bermaksud 'I like myself'. '1' mewakili ahli individu dengan ciri unik mereka untuk mengisi keseluruhan kumpulan. ILY juga merupakan akronim untuk "I love you (Saya sayang awak)".

Sejarah

Pra-debut

Pada tahun 2020, Ririka adalah peserta dalam rancangan realiti Jepun Nizi Project, tetapi telah disingkirkan.

Hana dan Ririka adalah ahli kumpulan gadis projek Jepun-Korea Orange Latte, kumpulan itu aktif untuk satu tempoh masa dan dibubarkan pada tahun 2021. Pada tahun yang sama, Hana, Rona, Ririka dan Ara adalah peserta di rancangan realiti Girls Planet 999 tetapi tidak berjaya masuk ke dalam barisan debut terakhir.

2022–sekarang: Debut dengan Love in Bloom, Que Sera Sera dan A Dream Of ILY:1

Pada 5 Januari 2022, ILY:1 telah disahkan untuk membuat debut rasmi mereka pada bulan Mac 2022. kumpulan ini pada asalnya dijadualkan untuk debut pada 15 Mac 2022, mengeluarkan album single pertama mereka Love in Bloom, serta mengadakan showcase peminat pertama mereka pada hari yang sama dan mengeluarkan single pra-perilisan "Azalea" pada 11 Mac 2022. Bagaimanapun, pada 11 Mac, FC ENM mengumumkan penangguhan debut mereka pada 4 April berikutan COVID-19.

Pada 4 April 2022, kumpulan ini secara rasmi debut dengan album single single pertama mereka Love in Bloom dengan single utama dengan nama yang sama.

Pada 19 Julai 2022, kumpulan ini mengeluarkan album single kedua mereka Que Sera Sera dengan single utama dengan nama yang sama.

Pada 5 Januari 2023, kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka A Dream Of ILY:1 dengan single utama "Twinkle, Twinkle".

Ahli

  • Nayu (나유) – Ketua
  • Hana (하나)
  • Ara (아라)
  • Rona (로나)
  • Ririka (리리카)
  • Elva (엘바)

Diskografi

Album mini

Album single

Single

Videografi

Video muzik

Collection James Bond 007

Filemografi

Rancangan realiti

Nota

Pautan luar

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Youtube

Rujukan


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: ILY:1 by Wikipedia (Historical)



INVESTIGATION