Aller au contenu principal

Stesen MRT Conlay


Stesen MRT Conlay


Stesen MRT Conlay, juga dikenali sebagai Stesen Conlay–Kompleks Kraf sempena penajanya, adalah sebuah stesen transit aliran massa (MRT) yang terletak di kawasan Bukit Bintang di bahagian tengah Kuala Lumpur, Malaysia, menganggotai Laluan Putrajaya.

Stesen ini beroperasi sejak 16 Mac 2023.

Butiran stesen

Lokasi

Stesennya terletak di Jalan Stonor, berhampiran dengan tempat senama Jalan Conlay.

Antara mercu tanda berhampiran ialah Royale Chulan Hotel, Kompleks Kraf dan Rumah Penghulu Abu Seman.

Pavilion Kuala Lumpur terletak 750 meter jauhnya, membolehkan akses ke MRT/Monorel Bukit Bintang.

Keluar masuk

Di stesen ini terdapat dua pintu keluar masuk; kedua-duanya terletak bertentangan dengan satu sama lain, iaitu Pintu A di utara dan Pintu B di selatan.

Rujukan

Pautan luar

  • Conlay MRT Station | mrt.com.my



Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Stesen MRT Conlay by Wikipedia (Historical)