![Sekretariat Solidariti Rakyat Sekretariat Solidariti Rakyat](/modules/owlapps_apps/img/nopic.jpg)
Sekretariat Solidariti Rakyat atau SSR adalah sebuah pakatan anak muda yang diasaskan pada awal tahun 2021. Ia adalah gabungan pimpinan belia menentang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Gerakan itu bermula di tengah-tengah pandemik covid 19, apabila kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Muhyiddin gagal membendung wabak itu dan menyebabkan kes meningkat sehingga 1.4 juta. Ia juga telah menyebabkan kematian lebih 12,000 warganegara Malaysia. Tambahan pula, penutupan operasi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah mengakibatkan 7 juta rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan. Selama tempoh darurat, parlimen digantung. Hal ini amat merisaukan rakyat tempatan kerana parlimen merupakan salah-satu institusi yang memainkan peranan yang penting dalam demokrasi Malaysia sebagai platform perbicaraan pentadbiran negara. Dengan menggantungkan pentadbiran negara, perbincangan tentang masalah-masalah rakyat turut terhenti. Disebabkan itu, Sekretariat Solidariti Rakyat mula membantah di jalanan Kuala Lumpur dengan beberapa gerakan dengan menggunakan slogan #Lawan bagi menentang kerajaan pimpinan Muhyiddin.
UNDI18, SUARAM, MISI: Solidariti, Malaysia Muda, Pemuda Sosialis Malaysia, MUDA, BERSIH, Demokrat Kebangsaan, Borneo Komrad, Pemuda Amanah, Pejuanita Muda, MYER Movement, UMANY, DAPSY, YPolitics.
Pada 27 Mac 2021, protes #ManaUndiKami telah dianjurkan dimana lebih 200 ahli-ahli organisasi belia dan ahli parti pembangkang berhimpun di hadapan Parlimen Malaysia untuk menyegerakan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun dan mendorong gerakan #Undi18 ke hadapan. Pada masa yang sama, sidang parlimen dihentikan akibat darurat yang kontroversi. Penghentian sesi parlimen ini adalah satu cara untuk kerajaan Muhyiddin terus menyalahgunakan kuasanya. Himpunan aman di hadapan parlimen itu berlangsung selama 18 minit. Protes ini merupakan batu loncatan kepada penyatuan Sekretariat Solidariti Rakyat -- dimana organisasi-organisasi terlibat telah merasmikan pakatan tersebut.
Anjuran SSR ini diakan pada 30 April 2021, di depan pintu masuk bangunan Parlimen bagi mendesak kerajaan Perikatan Nasional untuk melaksanakan enam tuntutan. Antara tuntutan termasuklah:
Setelah hampir setahun negara Malaysia berdepan dengan wabak Covid-19, kadar pengangguran berada di 4.8 peratus. Hampir 800,000 orang turut hilang pekerjaan mereka mahupun 32,000 perniagaan kecil terjejas. Beberapa sayap parti pembangkang turut berkumpulan dalam usaha untuk menunjukkan solidariti mereka bersama masyarakat marhaen. Buang, Shakira (2021). "100 buka puasa depan Parlimen, suarakan 6 tuntutan pada kerajaan".
Kempen #Lawan bermula pada 10 Julai dengan rakyat Malaysia mengibarkan bendera hitam di hadapan rumah mereka, memakai pakaian hitam dan menggunakan media sosial untuk meluahkan kekecewaan mereka. Tekanan daripada rakyat akhirnya menghasilkan persidangan parlimen berlangsung selama lima hari bermula dari 26 Julai hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 untuk Dewan Rakyat dan tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara. Inisiatif ini melambangkan kekuatan suara rakyat apabila mereka turut solidariti antara satu-sama lain.
Walaupun sidang parlimen berlangsung, SSR menganjurkan #Lawan selama tiga hari bermula 10 Julai 2021 hingga 12 Julai 2021 secara fizikal dan secara dalam talian maya. Antara tuntutan yang dikemukan termasuklah:
Antara inisiatif rakyat Malaysia #Lawan adalah dengan:
Peserta #Lawan telah mengambil gambar penyertaan mereka dan memuatkan naik gambar tersebut ke media sosial bersama tanda pagar ‘#LAWAN’ untuk menunjukkan penglibatan rakyat. Pengibaran Bendera Hitam dan inisiatif #Lawan telah disertai oleh 300,000 rakyat Malaysia
Pada 17hb Julai 2021, SSR telah melakukan aksi Flash Mob di Dataran Merdeka. SSR menekankan tiga tuntutan: peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, moratorium pinjaman automatik, dan supaya persidangan Parlimen khas akan datang lebih daripada hanya "sesi taklimat" untuk kerajaan. Di demonstrasi tersebut,14 bendera hitam diangkat, dan 4 mayat palsu dibungkus dengan kain kafan ahli-ahli penganjur turut memakai PPE. Aksi ini adalah sebuah simbol terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menjelang protes hujung #Lawan yang diumumkan pada hujung bulan tersebut, Sekretariat Solidariti Rakyat menyeru seluruh rakyat untuk turut serta dalam konvoi #Lawan di seluruh negara pada 24hb Julai 2021. Penunjuk -penunjuak perasaan sewaktu itu telah mengibarkan bendera hitam dari kereta mereka diserata Malaysia.
Pada 31hb Julai 2021, protes besar-besaran yang telah diumumkan pada 21hb Julai, dianjurkan di Dataran Merdeka. Sekretariat Solidariti Rakyat telah mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk Keluar Dan #Lawan pada hari tersebut sebagai simbolik penentangan terhadap kerajaan yang tidak ada kelayakan memimpin negara.
Nyalaan Vigil ini ialah acara peringatan yang diadakan pada 19 Ogos 2021 oleh SSR bersama beberapa organisasi pimpinan belia lain untuk mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19. Peringatan ini telah mendapat respons keras daripada pihak berkuasa dan 31 orang telah ditahan kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan haram pada masa pergerakan terhad yang ketat akibat Covid-19. Beberapa ahli dari parti politik seperti Parti Tindakan Demokratik , Parti Sosialis Malaysia dan dari pertubuhan seperti Misi Solidariti dan Undi18 telah ditahan dan dihantar ke balai polis Dang Wangi dengan menaiki kenderaan polis Black Maria (NST). Terdapat dakwaan daripada beberapa peserta bahawa mereka dibawa ke balai polis secara paksa (theonlinecitizen). Ahli penganjur ‘Candlelight vigil’ mendakwa peguam dilarang memasuki balai polis; tetapi ketua polis KL Azmi Abu Kassim menolak dakwaan itu dan mengatakan ia tidak benar. 31 orang tahanan itu didenda RM 2000 sebelum dibebaskan dari balai polis.
Pada 30 Disember 2021, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) mengumumkan bahawa mereka telah memfailkan saman undang-undang terhadap Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tindak balas terhadap tahanan aktivis disebabkan nyalaan vigil yang telah dianjurkan pada 19 Ogos 2021.
Tular di media sosial dakwaan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki memiliki kepentingan dan pemilikan saham dalam beberapa syarikat. Azam Baki pada sidang media pada 5 Januari 2022 berkata dalam penjelasannya kepada panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), akaun saham beliau digunakan oleh adiknya untuk membeli saham-saham di pasaran terbuka dengan pembiayaan sendiri.
Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) terlibat sebagai antara gabungan 25 kumpulan yang membentuk Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki. Pada 21 Januari 2022, Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki berkumpul di luar pusat beli-belah SOGO pada 11 pagi untuk menuntut beliau ditangkap serta-merta, proses undang-undang ke atasnya dimulakan segera dan SPRM diletakkan bawah bidang kuasa Parlimen.
Polis memperoleh perintah mahkamah tujuh hari yang melarang bantahan di Dataran Merdeka, pusat beli-belah Sogo dan Masjid Jamek di Kuala Lumpur. Sekatan jalan telah disediakan untuk mengalihkan trafik daripada masuk ke stesen LRT Bangsar. Sekitar 150 penunjuk perasaan berarak dari Jalan Bangsar ke Jalan Travers.
Owlapps.net - since 2012 - Les chouettes applications du hibou