Aller au contenu principal

David Archuleta (album)


David Archuleta (album)


David Archuleta adalah album studio pertama oleh David Archuleta yang merupakan naib johan untuk pertandingan American Idol musim ke-7. Album ini dilancarkan di Amerika Syarikat pada 11 November 2008, di bawah syarikat rakaman Jive Records. Album ini menerima anugerah emas (Gold) oleh RIAA pada 29 Januari 2009. Single pertama daripada album ini, "Crush", dilancarkan pada 1 Ogos 2008.

Sambutan

Album David Archuleta mendapat pujian dan kritikan daripada pelbagai pihak:

  • Majalah Billboard memuji album tersebut.
  • Ken Barnes dari USA Today memberikan ulasan yang positif.
  • Entertainment Weekly memberi ulasan yang sederhana.
  • Los Angeles Times mengkritik album tersebut.

Single

Single pertama daripada album ini, "Crush" dilancarkan ke radio pada 1 Ogos 2008 dan dilancarkan secara komersial pada 12 Ogos 2008. Pada minggu pertama setelah dilancarkan, "Crush" mencatatkan kedudukan #2 di carta Billboard Hot 100 dengan 166,000 buah salinan dijual. Nielsen SoundScan menyatakan bahawa salinan single tersebut telah dijual sebanyak 1.04 juta keping.

Trek lagu "Angels" dilancarkan secara tidak rasmi sebagai muat turun digital untuk tempahan di iTunes pada 27 Oktober 2008. Lagu ini mencatatkan kedudukan #89 di Billboard Hot 100 walaupun tidak dilancarkan secara rasmi atau dipromosikan.

Pada 21 November 2008, David mengesahkan bahawa "A Little Too Not Over You" akan menjadi single keduanya selepas "Crush". Single tersebut dilancarkan ke radio pada 6 Januari 2009.

Senarai lagu

  1. "Crush" (3:32)
  2. "Touch My Hand" (4:21)
  3. "Barriers" (3:50)
  4. "My Hands" (4:04)
  5. "A Little Too Not Over You" (3:18)
  6. "You Can" (3:42)
  7. "Running" (3:35)
  8. "Desperate" (3:41)
  9. "To Be with You" (3:25)
  10. "Don't Let Go" (3:47)
  11. "Your Eyes Don't Lie" (3:04)
  12. "Angels" (4:09)

Prestasi

Rujukan

Nota: Semua rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: David Archuleta (album) by Wikipedia (Historical)