Aller au contenu principal

Seberang Perai


Seberang Perai


Seberang Perai (dahulu bahasa Inggeris: Province Wellesley) merupakan kawasan tanah besar yang terletak bertentangan dengan pulau di Pulau Pinang di Semenanjung Malaysia, yang mana kedua-duanya membentuk negeri Pulau Pinang.

Seberang Perai mempunyai populasi penduduk yang tinggi di Malaysia dari segi bandar Butterworth, Bukit Mertajam, Jawi dan Seberang Jaya.

Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu, ia dinamakan sebagai Province Wellesley oleh penjajah British. Nama tersebut ialah sempena nama seorang pegawai British yang bernama Richard Wellesley. Beliau menjadi Gabenor Madras dan Gabenor Bengal (1797-1805). Ketika itu, Pulau Pinang dan Negeri-negeri Selat yang lain ditadbir dari India.

Seberang Perai merupakan kawasan terbesar sekali di Malaysia. Bandar Butterworth juga merupakan pelabuhan utama Malaysia dan Bukit Mertajam turut terletak di kawasan Seberang Perai Tengah dekat Perai.

Bandar utama

  • Butterworth (Penang Sentral)
  • Seberang Jaya (Bandar Sunway)
  • Bukit Mertajam (Pusat perniagaan)
  • Kepala Batas
  • Nibong Tebal
  • Batu Kawan

Lihat juga

  • Seberang Perai Utara
  • Seberang Perai Tengah
  • Seberang Perai Selatan

Pautan luar

  • Laman rasmi Majlis Perbandaran Seberang Perai
  • Laman rasmi Majlis Bandaraya Seberang Perai

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Seberang Perai by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION