Aller au contenu principal

Nibong Tebal


Nibong Tebal


Nibong Tebal (Jawi: نيبوڠ تبل) merupakan bandar penduduk padat dan bandar paling selatan sekali di negeri Pulau Pinang, Malaysia, berpendudukan dan juga bandar sempadan negeri Pulau Pinang dari Kuala Lumpur di Malaysia (Jawi exit) terletak di tepi Sungai Kerian. Stesen Nibong Tebal adalah berhubung terus ke Bkt Mertajam. Sungai Udang turut terletak dekat Nibong Tebal. Nibong Tebal juga merupakan bandar sempadan negeri Pulau Pinang, terletak 308 km dari Kuala Lumpur . Kawasan seterusnya telah meliputi negeri Perak, terletak di tengah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Terdapat juga banyak rumah mewah di Nibong Tebal ini sebab sudah sampai ke 'penghujung' Pulau Pinang.

Makanan di Nibong Tebal pun enak dan pelbagai jenis dan juga menarik perhatian penduduk Parit Buntar mari ke Nibong Tebal selalu. Banyak pekerja pun akan bolak balik dari Parit Buntar ke Nibong Tebal setiap hari. Nibong Tebal mempunyai pemandangan yang cantik pada waktu malam dan pelbagai spesis makanan jual. Untuk lebih tepat, USM adalah terletak di kawasan Transkrian, telah berhampiran dengan negeri Perak. Bandar ini dengan Pulau Pinang juga merupakan bandar seperti Kuala Lumpur dan Klang di Pulau Pinang. Sekolah Menengah Nibong Tebal adalah diberi nama Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Penerangan

Nibong Tebal juga terletak sebelah Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan susur "Jawi". Terdapat juga stesen keretapi Nibong Tebal. Lintasan landasan keretapi yang bersejarah juga dilihat dekat sini lagi. Tapi sekarang, ia sudah digunakan bagi laluan motokar bagi mengekalkan sejarah tanah air. Kaum majoriti di Nibong Tebal merupakan kaum Cina.

Bandar Nibong Tebal juga menyambung hingga ke Jalan Parit Buntar iaitu merupakan sebuah unik di Malaysia dan juga merupakan bandar ketiga dari Pulau Pinang. Ia terletak 11 km dari Parit Buntar dan 30 km ke Butterworth. Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia dan APITI (Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai) turut terletak di Nibong Tebal. Nibong Tebal juga boleh dikenali sebagai 'bandar membaca'.

Nibong Tebal terkenal dengan Cheang Kee, sebuah restoran Cina yang istimewa di sekolah lama budaya Hakka. Sekolah paling tua di Nibong Tebal ialah Methodist Primary & Secondary School.

Terdapat juga bandar satelit di Nibong Tebal. Tapak Pasar Malam Nibong Tebal adalah terletak di Taman Nibong Tebal Jaya. Makanan dijual di sini adalah makanan pelbagai jenis seperti dilihat di pasar Malam Taiwan.

Lagi satu kawasan satelit ialah Taman Pekaka. Kerian Sentral juga merupakan kompleks satelit berhampiran Nibong Tebal. Nama sungai di sini ialah Sungai Kerian yang membahagikan Nibong Tebal kepada Nibong Tebal Utara dan Nibong Tebal Selatan.

Nibong Tebal cuma mempunyai 2 jalan utama sahaja.

Infrastruktur

  • Jejambat Bersejarah Landasan Kereta Api
  • Mydin Mall
  • Kerian Sentral Mall.

Sekolah

  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pai Teik
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman
  • Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syeikh Abdullah Fahim
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah

Tempat Tinggal

  • Taman Bukit Panchor
  • Taman Pekaka
  • Taman Ilmu
  • Taman Cenderawasih

Rujukan


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Nibong Tebal by Wikipedia (Historical)