Aller au contenu principal

Stesen LRT KLCC


Stesen LRT KLCC


Stesen LRT KLCC ialah stesen LRT bawah tanah yang terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Nama stesen ini diambil sempena mercu tanda berdekatan iaitu Menara Berkembar Petronas (lebih dikenali sebagai KLCC). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian fasa kedua 5 Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk Sri Rampai). Stesen ini juga dihubungkan dengan 12 Stesen MRT Persiaran KLCC Laluan Putrajaya (PYL) yang dibuka pada Mac 2023.

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak dibawah Jalan Ampang berhadapan pusat membeli-belah Avenue K. Di selatan stesen terletaknya kawasan pembagunan KLCC yang merangkumi pusat membeli-belah Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas, Menara Maxis, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Taman KLCC, Menara 3 Petronas, Masjid asy-Syakirin dan Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah pusat membeli-belah Four Season Place, Hotel Four Seasons Kuala Lumpur, Hotel Corus Kuala Lumpur, pangsapuri mewah Le Nouvel KLCC, The Meritz Condominium, Panorama KLCC Condominium, Hampshire Residences, Menara Public Bank, Menara Celcom Axiata, Menara Ambank, Menara PTPTN, Wisma Central, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan pejabat Kedutaan Nepal.

Pelan stesen

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 300, 302, 303 dan Bas GoKL Hijau berkhidmat berdekatan stesen ini.

Rujukan


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Stesen LRT KLCC by Wikipedia (Historical)


PEUGEOT 205