Aller au contenu principal

Stesen Komuter Seri Setia


Stesen Komuter Seri Setia


Stesen komuter Seri Setia (bahasa Inggeris: Seri Setia Komuter stationcode: en is deprecated ) ialah salah satu stesen kereta api komuter di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini merupakan salah satu stesen yang terletak di perkhidmatan Laluan Pelabuhan Klang yang telah dibuka pada 14 Ogos 1995. Ia terletak di antara Stesen Komuter Kampung Dato Harun dan Stesen Komuter Setia Jaya dan dimiliki sepenuhnya oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di sebelah utara Lebuhraya Persekutuan berdekatan dengan Susur Keluar Seri Seria (Exit 223) dan Susur Keluar Lebuhraya NPE (Exit 224). Juga terletak berhampiran kawasan petempatan Taman Desaria (PJS 5), Seksyen SS 9 (Sungai Way), Seksyen SS 9A (Sungai Way) dan Desa Mentari.

Pelan stesen

Struktur stesen terletak di atas permukaan tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi dengan dua landasan kereta api.

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan 641 berkhidmat di sekitar stesen ini.

Lihat juga

  • Sungai Way
  • Senarai stesen transit kereta api di Lembah Klang

Rujukan

Pautan luar

  • Media berkenaan Stesen Komuter Seri Setia di Wikimedia Commons



Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Stesen Komuter Seri Setia by Wikipedia (Historical)