Aller au contenu principal

1999


1999


Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1999. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1999 (nombor).


1999 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat. Ia berlangsung dari 13 Ramadan 1419 hingga 23 Ramadan 1420. Tahun ini telah diistyharkan sebagai "Hari Antarabangsa bagi Orang-orang Berumur" oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Peristiwa

Januari

  • 1 Januari - Mata wang Euro diperkenalkan.
  • 13 Januari - Bintang bola keranjang Michael Jordan mengumumkan persaraannya buat kali kedua.
  • 13 Januari - Teknologi Lucent mengumumkan pengambilalihan Komunikasi Ascend pada harga AS$20 bilion (kira-kira RM76 bilion).

Februari

  • 26 Februari - Mikropemproses Pentium III (nama kod Katmai) dilancarkan secara serentak oleh Intel di seluruh dunia.

Mac

  • 29 Mac - Perbadanan Microsoft mengumumkan penstrukturan semula organisasi dengan pembentukan lima bahagian, mengikut keperluan dan kehendak semasa pelanggan.

April

  • 26 April - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor, menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11.

Ogos

  • 31 Ogos - Menara Berkembar Petronas disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur. Menara 88 tingkat setinggi 451.8 meter ini dibina dengan kos sebanyak RM6 bilion. Bangunan berkembar yang dihubungkan dengan sebuah jejantas sepanjang 58.4 meter ini merupakan menara tertinggi di dunia.

Oktober

  • 12 Oktober:
    • Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif cuma memecat ketua jeneral tentera Pervez Musharraf yang berada di luar negara. Sebaliknya Musharraf merampas kuasa.
    • Jumlah penduduk mencapai 6 bilion mengikut kiraan PBB.
  • 21 Oktober - Jusuf Habibie berhenti sebagai presiden Indonesia, digantikan oleh Abdurrahman Wahid.

Tarikh tepat tidak pasti

  • Mac - Sun Microsystems melantik Bill Joy sebagai Ketua Ahli Sains. Joy turut membantu dalam penubuhan Sun selepas menulis Berkeley Unix, versi Unix dengan peningkatan fungsi kepada sambungan sistem berbilang pengguna ketika berada di Universiti California, Berkeley. Beliau juga merupakan pereka bersama seni bina mikropemproses SPARC Sun yang membentuk asas cip SPARC yang berfungsi sebagai otak kepada sistem pelayan dan stesen kerja Sun.
  • CD Audio Super (SACD), sebuah format cakera audio optik baca sahaja, diperkenalkan oleh Sony dan Philips. Ia bertujuan untuk memberikan kesetiaan pengeluaran semula audio digital yang lebih tinggi, berbanding dengan cakera padat.
  • Penyelidikan VA, pendahulu SourceForge, Inc., membeli syarikat Linux Hardware Solutions (Penyelesaian Perkakasan Linux), pesaing terutamanya, dan menukarkan nama menjadi Sistem Linux VA.
  • Fujitsu Siemens Computers, sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki secara 50:50 oleh Fujitsu dan Siemens AG, dibentuk. Syarikat ini kini merupakan salah satu pembekal perkakasan teknologi maklumat yang terbesar di Eropah.
  • Zend Technologies diasaskan oleh Andi Gutmans dan Zeev Suraski untuk mengendalikan kemajuan-kemajuan PHP selepas mereka menulis Enjin Zend, teras PHP 4.
  • Mulai dari tahun ini, pasaran permainan komputer di Amerika Syarikat semakin merosot.
  • Byte Craft diasaskan sebagai sebuah pembekal penyelesaian perniagaan dan teknologi.

Kelahiran

  • 28 Mac - Scarlett Sperduto, pelakon A.S.
  • 3 April - Aqil Taqee, pelakon Malaysia
  • 19 April - Kevin Ardilova, pelakon lelaki Indonesia.
  • 25 April - Farisha Iris, penyanyi dan pelakon wanita Malaysia
  • 23 Mei - Nissa Sabyan, seorang penyanyi dan pelakon Indonesia.
  • 25 Oktober - Vanesha Prescilla, pelakon wanita Indonesia.
  • 4 November - Syafiq Abdillah, penyanyi dan pelakon Brunei Darussalam
  • 24 November - Erry Hidayat, atlet angkat berat Malaysia
  • 26 November - Imran Aqil, pelakon Malaysia
  • 5 Disember - Sonia Alyssa, pelakon wanita Indonesia.

Kematian

  • 3 Jun - Kematian seniwati veteran terkenal Siput Sarawak ketika berusia 78 Tahun di Kempas Road, Singapura

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: 1999 by Wikipedia (Historical)