Aller au contenu principal

1988


1988


Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1988. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1988 (nombor).


1988 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Jumaat. Ia berlangsung dari 11 Jamadilawal 1408 hingga 22 Jamadilawal 1409.

Peristiwa

  • 1 Mac - Ipoh mendapat status Bandaraya.
  • 3 Mac - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam menjadi masjid terbesar di Malaysia.
  • 28 Jun: Singapura menandatangani memorandum persefahaman dengan Malaysia untuk pembelian gas asli luar pesisir Terengganu. Dan bersetuju untuk membayar harga premium tidak kurang daripada S$20 juta kepada Malaysia. Perjanjian ini ditandatangani oleh Perdana Menteri Lee Kuan Yew bersama Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga membuat peruntukan supaya Singapura mengambil lebih banyak air dari Malaysia.
  • 31 Julai – Jeti Terminal Sultan Abdul Halim runtuh di Butterworth mengakibatkan 32 orang terbunuh dan mencederakan 1,674 orang.
  • 1 Ogos - Kuching mendapat status Bandaraya.
  • 8 Ogos - Pelancaran Indovision, sebuah stesyen televisyen satelit
  • 31 Ogos - Jalur Gemilang terbesar dipasang di Angkasapuri dan menjadi bendera paling besar di Malaysia.

Tarikh tepat tidak pasti

  • Mikropemproses 80386SL diperkenalkan dengan keupayaan 32-bit dan menggunakan struktur bas data luaran 16-bit.
  • Perisian anti-virus avast! diterbitkan oleh syarikat Perisian ALWIL, sebuah syarikat di Prague, Republik Czech.
  • Kad aksara Cina Legend menerima Anugerah Kemajuan Sains-Teknologi Nasional yang tertinggi di China.
  • Legend Hong Kong diasaskan.

Kelahiran

  • 5 Januari - King Nassar, pelakon dan penyanyi lelaki Indonesia
  • 9 Januari - Laura Basuki, pelakon wanita Indonesia
  • 1 Februari - Baddrol Bakhtiar, pemain bola sepak Kedah, Malaysia
  • 9 Februari - Ajun Perwira, pelakon lelaki Indonesia
  • 28 Mac - Liyana Jasmay - pelakon Malaysia
  • 20 Mei - Putri Ayudya, pelakon wanita dan model Indonesia
  • 12 Jun - Bobby Maulana, pelakon lelaki Indonesia
  • 26 Ogos - Danielle Savre, pelakon Amerika Syarikat
  • 10 September - Dimas Anggara, pelakon dan penyanyi Indonesia
  • 16 September - Mariam Hussein, pelakon wanita Iraq
  • 6 Oktober - Horikita Maki, artis Jepun
  • 15 Oktober - Jamila, penyanyi dan pelakon wanita Maghribi
  • 25 Oktober - Tiz Zaqyah, artis Malaysia
  • 7 Disember - Emily Browning, pelakon Austrailia
  • 7 Disember - Christoph Watrin ahli kumpulan pemuzik Jerman iaitu US5
  • 14 Disember - Vanessa Anne Hudgens, pelakon dan penyanyi asal Amerika.
  • 15 Disember - Idris Khan, artis Malaysia

Kematian

  • 17 Mac- Tun Tan Siew Sin — Bekas Menteri Perdagangan & Industri, Menteri Kewangan dan Presiden MCA (Lahir:1916)
  • Tengku Ampuan Afzan, Sultanah Pahang
  • 18 Disember- R Arumugam — pemain bola sepak Malaysia
  • Aini Jasmin(Aini bt. Jasmin)1923-1988.Pelakon era 60-an

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: 1988 by Wikipedia (Historical)