Aller au contenu principal

28 April


28 April


28 April merupakan hari ke-118 (hari ke-119 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 247 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

  • Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa;
  • Hari Pahlawan di Barbados.

Peristiwa

  • 1192 - Perang Salib Ketiga: Conrad dari Montferrat yang baharu dilantik sebagai Raja Jerusalem ditikam mati oleh anggota Hashshashin.
  • 1611 - Universiti Santo Tomas di Manila, Filipina diasaskan, salah satu universiti terbesar di Asia dari segi kemasukan yang masih wujud.
  • 1789 - Fletcher Christian mengetuai dahagi di atas kapal Tentera Laut Diraja British HMAV Bounty menentang komander William Bligh (gambar).
  • 1952 - Perjanjian San Francisco mula berkuatkuasa, mengakhiri pendudukan Jepun oleh Pihak Berikat.
  • 1969 - Presiden Republik Kelima Perancis yang pertama Charles de Gaulle meletakkan jawatan.
  • 1996 - Tembakan liar dalam pembunuhan beramai-ramai Port Arthur menyebabkan 35 orang mati dan 37 orang cedera teruk di Tasmania, Australia.
  • 2001 - Dennis Tito menjadi pelancong angkasa lepas berbayar yang pertama, menaiki kapal angkasa lepas Soyuz TM-32 ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
  • 2012 - Polis menahan lebih 500 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 3.0 (gambar) di Kuala Lumpur.

Kelahiran

  • 1758 - James Monroe, Presiden Amerika Syarikat ke-5.
  • 1906 – Kurt Gödel, ahli matematik dan filsuf Czech/Amerika Syarikat (meninggal 1978)
  • 1912 – Kaneto Shindō, pembikin filem Jepun (meninggal 2012)
  • 1916 – Ferruccio Lamborghini, usahawan Itali dan pengasas syarikat Lamborghini (meninggal 1993)
  • 1926 – Harper Lee, penulis novel Amerika Syarikat (meninggal 2016)
  • 1928 – Yves Klein, pelukis Perancis (lahir 1962)
  • 1948 – Terry Pratchett, wartawan dan penulis England, United Kngdom (meninggal 2015)
  • 1956 – Jimmy Barnes, penyanyi dan pemain gitar Australia
  • 1974 - Penélope Cruz, pelakon Sepanyol
  • 1980 - Shams, penyanyi dan pelakon wanita Arab Saudi dan Kuwait
  • 1981 - Jessica Alba, pelakon Amerika Syarikat
  • 1988 - Juan Manuel Mata, pemain bola sepak Sepanyol
  • 1990 - Rinni Wulandari, penyanyi Indonesia

Kematian

  • 1945 - Benito Mussolini, Perdana Menteri Itali.
  • 1949 - Chairil Anwar, penyajak dan sasterawan Indonesia anggota Angkatan '45 (lahir 1922).
  • 1996 - Siti Hartinah, negarawati Indonesia (lahir 1923).
  • 2020 - Syahrul, ahli politik dan Wali Kota Tanjung Pinang (lahir 1960).
  • 2021 - Michael Collins, angkasawan Amerika Syarikat

Rujukan

Collection James Bond 007


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: 28 April by Wikipedia (Historical)


ghbass