Aller au contenu principal

29 April


29 April


29 April merupakan hari ke-119 (hari ke-120 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 246 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

  • Hari Shōwa di Jepun
  • Hari Tarian Antarabangsa.

Peristiwa

  • 711 - Angkatan Umayyah yang diketuai Tariq ibn Ziyad mendarat di Gibraltar dan memulakan serangan terhadap Semenanjung Iberia (Al-Andalus).
  • 1770 - James Cook dan HM Bark Endeavour menjadi kapal Eropah pertama mendarat di Australia, berhampiran Sydney kini.
  • 1862 - Angkatan Kesatuan di bawah David Farragut menawan New Orleans, dan memperoleh jalan masuk ke Sungai Mississippi sewaktu Perang Saudara Amerika.
  • 1882 - Di Berlin, Ernst Werner von Siemens (gambar) menunjukkan Elektromote, bas troli yang pertama di dunia.
  • 1945 - Adolf Hitler berkahwin dengan Eva Braun dalam satu istiadat ringkas, dan kemudian mengimlakkan wasiatnya yang terakhir kepada setiausahanya di Führerbunker.
  • 1946 - Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh bersidang dan mendakwa Hideki Tojo dan 27 lagi pemimpin Jepun dengan jenayah perang.
  • 1970 - Perang Vietnam: Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan menceroboh Kemboja untuk memburu Vietnam Utara.
  • 1991 - Siklon tropika yang amat kuat melanda Chittagong dan membunuh sekurang-kurang 138,000 orang serta meninggalkan 10 juta orang tanpa rumah di Bangladesh.
  • 1992 - Pembebasan anggota-anggota polis putih yang memukul orang Amerika Afrika Rodney King mencetuskan rusuhan di Los Angeles.
  • 1997 - Konvensyen Senjata Kimia 1993 mula berkuatkuasa, melarang penghasilan, penyimpanan dan penggunaan senjata kimia di kalangan negara yang mengesahkan persetujuan kawalan senjata ini.
  • 2011 - 300 juta orang di seluruh dunia menonton perkahwinan Putera William, Duke Cambridge dan Catherine Middleton (gambar) di Westminster Abbey, London.
  • 2011 - Sekurang-kurangnya 300 orang terkorban di selatan Amerika Syarikat dalam letusan puting beliung paling dahsyat sejak 1974.
  • 2012 - Teleskop angkasa inframerah jauh Herschel (gambar) mengakhiri misinya selepas kehabisan bahan pendingin helium cecair .

Kelahiran

  • 1901 - Hirohito, Maharaja Jepun ke-124
  • 1992 - Yousra Saouf, penyanyi dan pelakon wanita Maghribi

Kematian

  • 1980 - Alfred Hitchcock, pengarah filen Amerika Syarikat
  • 2012 - Shukri Ghanem, Perdana Menteri Libya ke-23
  • 2020 - Irrfan Khan, pelakon dan penerbit dari India.

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: 29 April by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION