Aller au contenu principal

29 September


29 September


29 September merupakan hari ke-272 (hari ke-273 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 93 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari Michaelmas (atau Perayaan Santo/Santa Michael, Gabriel dan Raphael).

Peristiwa

  • 61 SM - Di Rom, Pompey meraikan kemenangan ke atas lanun di timur Laut Mediterranean dan dalam peperangan melawan Raja Mithridates VI dari Pontus di Asia Kecil dengan perbarisan besar. Hari tersebut juga merupakan hari lahirnya yang ke-45.
  • 1829 - Pasukan polis rasmi pertama di UK, Polis Metropolitan London Raya, juga dikenali sebagai the Met, diasaskan oleh Robert Peel (gambar).
  • 1938 - Di Munich, Adolf Hitler, Benito Mussolini, Neville Chamberlain dan Édouard Daladier mencapai satu persetujuan, menetapkan bahawa Czechoslovakia harus menyerahkan Sudetenland kepada Jerman.
  • 1941 - Holokus: Pembunuhan beramai-ramai Babi Yar bermula di Kiev, RSS Ukraine.
  • 1954 - 12 negara menandatangani satu konvensyen yang menubuhkan CERN, berpangkalan di Geneva, makmal fizik zarah terbesar di dunia kini.
  • 1964 - Jalur komik Mafalda, oleh kartunis Quino, diterbitkan buat pertama kali dalam akhbar di Argentina.
  • 1987 - Muzium Orang Asli di Gombak, Selangor dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. Muzium ini dibina dengan kos sebanyak $80,000 ringgit bertujuan menjadi pusat pemeliharaan warisan budaya masyarakat orang Asli yang terdiri dari suku kaum Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.
  • 2004 - SpaceShipOne Burt Rutan berjaya melakukan penerbangan angkasa pertama dalam usahanya untuk memenangi Hadiah X Ansari.
  • 2006 - Taufan Xangsane mengorbankan sekurang-kurangnya 103 orang di Filipina dan 16 di Vietnam.
  • 2009 - Satu gempa bumi 8.0 Mw di Kepulauan Samoa menyebabkan tsunami dan mengorbankan lebih 189 orang.
  • 2010 - Maatia Toafa terpilih sebagai Perdana Menteri Tuvalu buat kali ke-2.
  • 2011 - Taufan Nesat mengorbankan sekurang-kurangnya 82 orang di Filipina dan Republik Rakyat China.
  • 2013 - Maghribi menjuarai bolasepak di Sukan Perpaduan Islam 2013.

Kelahiran

  • 1786 - Guadalupe Victoria, Presiden Mexico pertama
  • 1843 - Mikhail Skobelev, seorang jeneral Empayar Rusia
  • 1901 - Enrico Fermi, seorang saintis Itali
  • 1943 - Lech Walesa, Presiden Poland ke-2
  • 1976 - Andriy Shevchenko, pemain bola sepak Chelsea F.C.
  • 1979
    • Artika Sari Devi, pelakon wanita Indonesia.
    • Hairuddin Omar, pemain bola sepak ATM.
  • 1980 - Soimah Pancawati, penyanyi, penyampai televisyen, pelawak, dan pelakon wanita Indonesia.
  • 1984 - Per Mertesacker, pemain bola sepak Arsenal F.C.

Kematian

  • 1979 - Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Agong keempat.

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: 29 September by Wikipedia (Historical)


PEUGEOT 205