![Bandar Enstek Bandar Enstek](https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/2/2a/Ensteklogo.png/400px-Ensteklogo.png)
Bandar Enstek merupakan sebuah bandar baru terancang di Negeri Sembilan yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bandar ini mula dibangunkan pada tahun 1980, dan dilengkapi empat komponen iaitu kawasan perumahan, institusi pendidikan, kawasan komersil dan kawasan perindustrian.
Nama bandar ini diambil sempena nama pemaju bandar ini, TH-NSTC Sdn Bhd, sebuah syarikat pembangunan usahasama TH Properties dan Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS). Bandar ini mula dibangunkan pada tahun 1980 oleh Syarikat Pembinaan dan Perumahan Tabung Haji Sdn Bhd.
Terdapat beberapa cara untuk ke Bandar Enstek:
Bangunan sekolah di bandar ini masih dalam perancangan untuk dibina terletak di dalam Fasa 1 timur@enstek. Anak-anak penduduk di bandar enstek ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kompleks KLIA dan Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA yang berhampiran.
Institusi yang telah dibina:
Techpark adalah salah satu pembangunan di Bandar Enstek bertujuan untuk membangunkan pusat perindustrian. Keluasan tanah Techpark ini adalah 700 ekar. Banyak pemilik tanah telah membangunkan kawasan perindustrian mereka. Terdapat pelbagai jenis pusat perindustrian yang beroperasi di antaranya ialah:
Pusat Perindustrian yang telah beroperasi sebanyak tiga jenis pusat perindustrian, manakala bahagian yang lain masih dalam proses pembinaan. Keseluruhan pusat perindustrian ini mempunyai pekerja seramai 776 orang yang terdiri daripada pekerja luar negara dan pekerja tempatan iaitu:
Centers for Disease Control and Prevention (CDC Malaysia)
CDC Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia juga sedang di dalam proses pembangunan ketika ini. CDC Malaysia ini terletak berhampiran Bomba R&D Centre.
Owlapps.net - since 2012 - Les chouettes applications du hibou