Aller au contenu principal

Walt Disney Imagineering


Walt Disney Imagineering


Walt Disney Imagineering (juga dikenali sebagai WDI atau cuma Imagineering) adalah pasukan reka bentuk dan pembangunan syarikat Walt Disney yang bertanggungjawab atas penciptaan dan pembinaan taman tema Disney sedunia. WDI diasaskan oleh Walt Disney pada tahun 1952 dengan nama asal WED Enterprises (sempena nama penuhnya, Walter Elias Disney) untuk menyelia penghasilan Disneyland Park.

Istilah Imagineering berasal dari gabungan perkataan imagination (imaginasi) dan engineering (kejuruteraan), yang melambangkan kemahiran yang dimiliki oleh para kakitangan WDI. Kakitangan yang dikenali sebagai Imagineers ini terkenal kerana kebolehan mereka mengadun daya cipta, kepakaran dan kemajuan teknologi seperti Audio-Animatronics untuk menghasilkan "penceritaan berasaskan pengalaman yang tersendiri" (distinctive experiential storytelling).

Imagineering bertanggungjawab mereka cipta dan membina taman tema, tempat peranginan, kapal persiaran dan tempat-tempat hiburan lain untuk Disney di semua peringkat pembangunan projek. Imagineers memiliki bermacam-macam kemahiran dan bakat, maka lebih 140 gelaran pekerjaan tergolong dalam bidang kuasa Imagineering, termasuk pengilustrasi, jurubina, jurutera, pereka pencahayaan, penulis lakon pentas, pereka grafik, dan ramai lagi. Kebanyakan Imagineers bertugas dari ibu pejabat syarikat di Glendale, California, tetapi selalu diaturkan ke cawangan-cawangan satelit di dalam taman tema untuk jangka masa yang lama.


Rujukan

Pautan luar

  • Walt Disney Imagineering careers page di disney.com
  • Walt Disney Imagineering internship opportunities
  • Imagineer Harriet website The official website of Disney's first female Imagineer, Harriet Burns
  • Rebuilding Tomorrowland, Scott Kirsner, Wired Magazine vol 10.12, September 2002.
  • Harriet Burns, who help create Disney rides, dies, Associated Press, Sfgate (San Francisco Chronicle), 29 July 2008. Burns was the first female Imagineer.

Templat:Disneyland Resort


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Walt Disney Imagineering by Wikipedia (Historical)