Aller au contenu principal

Pantai Morib


Pantai Morib


Pantai Morib (Jawi: ڤنتاي موريبcode: ms is deprecated ) terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 16 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

Cara ke sana

  • Dari Kuala Lumpur anda perlu ke Klang, Banting dan terus ke Morib
  • Dari Kajang, melalui Jenderam, Banting dan terus ke Pantai Morib.
  • Dari Port Dickson, pergi ke Sepang, Sungai Pelek, Tanjung Sepat, Kanchong Laut dan terus ke Morib.
  • Dari Putrajaya, anda perlu ke Dengkil, kemudian ke Kuala Langat, terus ke pekan Banting dan terus ke Morib

Tarikan

Pantai Morib merupakan tempat istirahat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar Klang, Banting, Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.

Di samping Pantai Morib tempat sekitar juga baik untuk dilawati seperti kawasan perkampungan iaitu Kampung Kancung Darat tempat kelahiran anak-anak Dato' Haji Sidek jaguh badminton Negara Malaysia.

Kampong Endah merupakan penerima Anugerah Kampung Contoh peringkat kebangsaan. Kampong Sungai Lang/Kancung di mana terdapat pelbagai perusahaan makanan tradisional seperti kerepek pisang, ubi, keledek dan keladi. Kampung Kelanang merupakan kampung nelayan yang indah dan Kampung Bandar Jugra menempatkan tinggalan sejarah kesultanan Selangor.

Lihat juga

  • Pelancongan di Selangor

Rujukan

Pautan luar


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Pantai Morib by Wikipedia (Historical)