Aller au contenu principal

Cinta dan Lagu


Cinta dan Lagu


Filem Cinta dan Lagu merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1976. Filem Cinta dan Lagu diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Cinta dan Lagu mula ditayangkan pada 27 November 1976 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Hail Amir, Noor Azizah dan ramai lagi.

Pengarah

Filem Cinta dan Lagu diarah oleh pengarah Dato' Haji Jamil Sulong pada 1976.

Ringkasan

Filem muzikal ini mengisahkan Zul adalah seorang nelayan muda yang telah jatuh hati kepada Noraini, iaitu kawan adiknya. Zul selalu mengusik Noraini apabila pulang dari laut. Pada masa yang sama, Zul juga berbaik-baik dengan bapa Noraini dan ingin meminang Noraini. Manakala Malek, anak ketua kampung juga menaruh minat kepada Noraini dan menyuruh Leha meminang Noraini untuknya. Bagaimanapun, pinangan Malek ditolak kerana Noraini memilih Zul sebagai bakal suaminya. Pada hari perkahwinan mereka, Zul diculik oleh Malek dan dikurung di dalam gua di sebuah pulau. Setelah didesak oleh ketua kampung, Malek memberitahu tempat dia menyembunyikan Zul. Akhirnya, Zul ditemui oleh Noraini bersama orang kampung.

Pelakon

Pelakon Utama

  • Hail Amir sebagai Zulkifli
  • Noor Azizah sebagai Noraini
  • Yusof Haslam sebagai Malek
  • Nozie Nani sebagai Fatimah

Pelakon Pembantu

  • M. Shahdan sebagai Mat Temberang
  • Jamil Sulong sebagai Penghulu Kahar
  • Noorizan sebagai Mak Leha
  • Said Manaf sebagai Pak kadir
  • Sharifah Hasnor sebagai Kawan Noraini

Album Runut Bunyi

  • Cinta dan Lagu (album)

Lihat juga

  • Cinta Dan Lagu
Collection James Bond 007

Rujukan

Pautan luar

  • Cinta dan Lagu di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Cinta dan Lagu by Wikipedia (Historical)