Aller au contenu principal

Hari Kemenangan di Eropah


Hari Kemenangan di Eropah


Hari Kemenangan di Eropah (bahasa Inggeris: Victory in Europe Daycode: en is deprecated , V-E Day atau VE Day) ialah hari memperingati 8 Mei, 1945 (di negara Komanwel; 7 Mei, 1945) yang merupakan tarikh Pihak Bersekutu menerima secara rasmi penyerahan tanpa syarat Jerman Nazi dan berakhirnya Reich Ketiga Adolf Hitler. Bagaimanapun, penyerahan rasmi tentera Jerman di kepulauan Channel tidak berlaku sehingga 9 Mei, 1945. Pada 30 April, Hitler membunuh diri ketika Pertempuran Berlin, maka penyerahan Jerman telah disahkan oleh penggantinya, Presiden Jerman, Karl Donitz. Pentadbiran yang diketuai oleh Dönitz dikenali dengan nama kerajaan Flensburg. Surat Cara Penyerahan Kalah Jerman telah ditandatangani pada 7 Mei di Reims, Perancis dan diratifikasikan pada 8 Mei di Berlin, Jerman.

Sambutan

Di United Kingdom, lebih dari sejuta orang meraikan di jalanan bagi menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah. Orang ramai memenuhi Dataran Trafalgar, The Mall sehingga ke Istana Buckingham, di mana Raja George VI dan Ratu Elizabeth, diiringi oleh Perdana Menteri Winston Churchill, muncul di balkoni Istana di hadapan orang ramai yang bertepuk sorak. Puteri Elizabeth (kini Ratu Elizabeth II) dan saudara perempuannya Puteri Margaret dibenarkan bersiar-siar di khalayak ramai tanpa diketahui umum dan turut terlibat dalam sambutan tersebut.

Di Amerika Syarikat, Presiden Harry Truman yang menyambut hari lahir yang ke-61 pada hari tersebut, mendedikasikan kemenangan tersebut untuk memperingati pendahulunya Franklin D. Roosevelt, yang meninggal dunia akibat pendarahan otak pada 12 April, kurang dari sebulan sebelum itu. Bendera-bendera kekal dinaikkan separuh tiang untuk baki dari tempoh 30 hari perkabungan. Truman mengatakan yang hasrat utamanya ialah "Franklin D. Roosevelt hidup untuk menyaksikan hari ini." Sambutan besar-besaran juga diadakan di Chicago, Los Angeles, Miami dan khususnya di Times Square, New York. Sambutan kemenangan di Canada dicemari dengan Rusuhan Halifax.

Hari Kemenangan Soviet

Oleh kerana ketumbukan tentera Kesatuan Soviet berada di bahagian timur Jerman, tarikh 9 Mei yang berdasarkan waktu Moscow merupakan tarikh penyerahan tentera Jerman. Ini merupakan sebab kenapa negara Eropah Timur seperti Rusia dan beberapa bekas Republik Soviet menyambut Hari Kemenangan bukan pada 8 Mei, sebaliknya pada 9 Mei.

Hari cuti umum

  • United Kingdom - Hari Pekerja, Cuti Bank telah diubah pada 1995 dari tarikh 1 Mei ke 8 Mei untuk memperingati ulang tahun ke-50 tamatnya Perang Dunia Kedua.
  • Bekas Jerman Timur - Tag der Befreiung (Hari Pembebasan), hari cuti umum dari tahun 1950 hingga 1966 dan pada 1985. Di antara 1975 dan 1990, sebagai Tag des Sieges (Hari Kemenangan (9 Mei)).
  • Negeri Jerman Mecklenburg-Vorpommern - Sejak 2002, hari peringatan Tag der Befreiung vom Nationalsozialismus und der Beendigung des 2. Weltkrieges (Hari pembebasan dari Sosialisme Kebangsaan dan Berakhirnya Perang Dunia Kedua).
  • Perancis - Victoire 1945
  • Slovakia - Deň víťazstva nad fašizmom (Hari Kemenangan ke atas Fasisme)
  • Republik Czech - Den vítězství (Hari kemenangan) atau Den osvobození (Hari pembebasan)
  • Norway - "Frigjøringsdagen" (Hari Pembebasan)
  • Denmark (5 Mei) - "Befrielsen" (Pembebasan)
  • Belanda (5 Mei) - "Bevrijdingsdag" (Hari pembebasan)
  • Ukraine (9 Mei) - Hari kemenangan

Rujukan

Pautan luar

  • Economist article
  • WWII: VE Day, May 8, 1945 Diarkibkan 2010-06-19 di Wayback Machine - slideshow by Life magazine

Collection James Bond 007


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Hari Kemenangan di Eropah by Wikipedia (Historical)



ghbass