Aller au contenu principal

Liga Premier Malaysia 2011


Liga Premier Malaysia 2011


Liga Perdana Malaysia 2011 (juga dikenali sebagai Liga Super Malaysia Astro 2011 dan Liga Perdana Malaysia Astro disebabkan oleh penajaan Astro) merupakan musim ke-8 Liga Perdana Malaysia semenjak penjenamaan semula daripada format sebelumnya.

Pada masa ini liga ini adalah liga peringkat kedua Persatuan bola sepak Malaysia. Musim ini telah bermula pada 31 Januari 2011, dan akan tamat pada 29 Julai 2011. Felda United FC merupakan juara Liga Perdana Malaysia 2010 dan sekarang ini bermain di liga utama bola sepak Malaysia, Liga Super Malaysia.

PKNS FC telah berjaya mencapai gelaran juara Liga Perdana 2011 pada 20 Mei 2011, dan juga satu tempat kenaikan ke Liga Super, dengan satu kemenangan 2-0 terhadap Johor FA. Kemenangan ini memberi pendahuluan 12 mata terhadap pencabar terdekat, Sarawak FA dengan berbaki 3 perlawanan. Sarawak juga berjaya mendapatkan tempat kedua kenaikan ke Liga Super selepas kemenangan 4-1 terhadap USM FC pada 23 Mei 2011, mendapatkan kelebihan 8 mata terhadap musuh terdekat Sime Darby FC dengan berbaki 2 perlawanan.

Di hujung terbawah liga, 2 pasukan Pulau Pinang iaitu Sinar Dimaja Mai Sarah FC dan Penang FA memastikan status mereka sebagai dua pasukan terbawah di dalam Liga Perdana, yang akan menyingkirkan mereka ke kejohanan Piala FAM 2012, bergantung kepada kepastian daripada FAM.

Pasukan

Sejumlah dua belas pasukan telah bertanding di dalam liga ini, termasuklah lapan pasukan daripada musim Liga Perdana 2010, dua pasukan baru yang mendapat kenaikan daripada Piala FAM 2010 dan dua pasukan yang disingkirkan daripada Musim Liga Super Malaysia 2010.

Johor FA dan Penang FA telah disingkirkan daripada Liga Perdana Malaysia 2010 selepas menghabiskan musim tersebut di kedudukan dua terbawah liga. Terdapat satu rancangan untuk menyatukan Johor FA dan Johor FC supaya Johor FA masih boleh bertanding di liga teratas Malaysia, Liga Super Malaysia. Rancangan itu digugurkan disebabkan alasan yang tidak diketahui.

Juara Liga FAM Malaysia 2010, Sime Darby FC dan naib juara Sinar Dimaja Mai Sarah FC telah memperolehi kenaikan terus ke Liga Perdana Malaysia.

Ringkasan pasukan

Stadium

  • 1 Betul sehingga tamat musim Liga Perdana Malaysia 2010
  • 2 Sarawak menggunakan Stadium Negeri Sarawak bermula pada 14 Feb 2011 disebabkan oleh Stadium Sarawak sedang diubahsuai bagi menyambut kejohanan Sukan Sukma di Sarawak.
  • + 800 for covered terrace and unknown number for 'open' hill slope

Personnel dan kits

Nota: Bendera yang menunjukkan pasukan kebangsaan seperti didefinasikan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain dan pengurus mungkin memegang lebih dari satu warganegara bukan-FIFA.

  • Merujuk kepada semakan terkini senarai pengurus Liga Perdana Malaysia

Nike sudah menghasilkan satu bola perlawanan baru, dinamakan "the T90 Tracer", iaitu versi biru, hitam dan putih yang boleh nampak di dalam warna kuning. Tambahan pula, Lotto akan menyediakan pegawai-pegawai pengadilan dengan kit-kit baru di dalam hitam, kuning dan merah bagi musim tersebut.

League table

Dikemaskini pada: 24 May 2011
Sumber: Malaysia Premier League
Klasifikasi: 1st mata; 2nd perbezaan gol; 3rd gol dijaringkan.
Ked = Kedudukan; P = Perlawanan; M = Menang; S = Seri; K = Kalah; JG = Jaringan Gol; GB = Gol Bolos; PG = Perbezaan gol; Mt = Mata; (C) = Juara; (R) = Disingkirkan; (P) = Dinaikkan Pangkat.

Keputusan

Sehingga perlawanan pada 24 May 2011
Sumber: Malaysia Premier League
1Tuan rumah disenaraikan di sebelah kiri.
Warna: Biru = tuan rumah menang; Putih = seri; Merah = tuan rumah kalah.
Untuk perlawanan akan datang, a menandakan wujudnya rencana mengenai perlawanan itu.

Statistik musim

Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Liga Premier Malaysia 2011 by Wikipedia (Historical)