Aller au contenu principal

Ombak Rindu (filem)


Ombak Rindu (filem)


Ombak Rindu merupakan sebuah filem drama romantik dibawah arahan Osman Ali dan mula ditayangkan pada 1 Disember 2011 di Malaysia.

Sinopsis

Templat:Spoiler Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah (Maya Karin) dan Hariz (Aaron Aziz) dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah (Azizah Mahzan), pemilik empayar perniagaan Safiah Catering telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila (Lisa Surihani), kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma di hospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari banglo Hariz dan merampas kunci kereta dan telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Pelakon

Pelakon utama

  • Aaron Aziz sebagai Hariz
  • Maya Karin sebagai Izzah
  • Lisa Surihani sebagai Mila Amylia
  • Bront Palarae sebagai Mail

Pelakon pembantu

  • Julia Ziegler sebagai Wafiah
  • Azizah Mahzan sebagai Datuk Sufiah
  • Zaidi Omar sebagai Pak Dollah
  • Normah Damanhuri sebagai Mak Jah
  • Noor Adila sebagai pembantu rumah
  • Asya Alesya sebagai pembantu Julia Ziegler
  • Steve Yap sebagai Kelvin
  • Nadiya Nisaa sebagai Seha

Penampilan khas

  • Kamarool Haji Yusoff sebagai Pak Toha
  • Delimawati sebagai Mak Hajar
  • Siti Chubby sebagai Fatin
  • Azlee Khairi sebagai Dr. Borhan
  • Jailani Abdul Ghani sebagai Tan Sri Rashdan
  • Soeprihati Sikom sebagai Puan Sri

Keluaran dan sambutan

Kutipan

Filem ini mendapat kutipan tidak rasmi sebanyak RM 5.5 juta pada 7 hari tayangan.

Ulasan

Filem ini mendapat ulasan yang kurang baik menerusi jalan cerita yang digunakan. Ini dapat dilihat pada jalan cerita tragedi yang dilalui oleh Ustazah Izzah. Jalinan tragedi cerita - cerita Barat terserlah seperti cinta kerana sifat kemanusiaan dalam diri yang ditonjolkan watak Hariz, lakonan Aaron Aziz. Filem ini tidak menerapkan unsur cinta kerana agama walaupun watak Izzah merupakan seorang ustazah di kampung. Penonjolan muslimah yang kental jiwanya tidak dipaparkan dengan baik dalam cerita ini.

Dari segi teknikal pula, tidak dinafikan bahawa filem ini menonjolkan teknik sinematografi yang terbaik. Ternyata, sentuhan Osman Ali dalam menggambarkan cerita yang diadaptasi dari novel dilihat berjaya. Gambaran dalam filem ini memberi kesenangan kepada penonton untuk menonton filem ini.

Lakonan yang ditampilkan oleh pelakon - pelakon handalan Malaysia harus dipuji. Ternyata, watak - watak yang dipegang oleh kesetiap pelakon ini tidak menghampakan. Watak Izzah yang dipegang oleh Maya Karin, berjaya ditonjolkan dengan baik dan menutup mulut pengkritik yang kurang meyakini kebolehan Maya Karin. Aaron Aziz terbukti merupakan seorang pelakon yang pelbagai. Beliau berjaya menjiwai watak Hariz, seorang lelaki yang keras tetapi mempunyai jiwa dalam yang lembut. Lisa Surihani berjaya keluar dari zon selesa apabila melakonkan watak yang lain dari zon selesa beliau. Bront Palarae, walaupun watak beliau tidak banyak, tetapi boleh dirasa apabila ditolak oleh Izzah tetapi setia menanti beliau sehingga beliau menemui cinta baru. Lakonan pelakon - pelakon senior seperti Azizah Mahzan yang membawa watak ibu kepada Hariz, mengingatkan kita kepada watak Mak Dara dalam Ibu Mertuaku arahan Tan Sri P. Ramlee. Dilihat berjaya membangkitkan semangat penonton.

Kontroversi

Kontroversi berlaku apabila penulis novel ini, Fauziah Ashari, mendakwa beliau tidak mendapat bayaran yang setimpal berdasarkan kutipan filem yang pecah panggung. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak dipanggil dalam menjadi penasihat dalam penghasilan skrip malah tidak dipanggil untuk menjadi penulis lakon layar kepada filem ini.

Namun kenyataan beliau itu ditangkis oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub. Beliau telah menyatakan bahawa proses mengadaptasi novel ke skrip filem sudah dilakukan sejak 2009. Beliau turut menjawab dakwaan penulis tidak mendapat bayaran setimpal kerana pihak beliau sudah memberikan wang sejumlah hampir RM 200,000 sebagai bayaran royalti. Selain itu, hasil jualan yang meningkat akibat fenomena filem tersebut akan diberikan royalti kepada penulis buku tersebut.

Pada mulanya, Remy Ishak yang menggalas watak Hariz, tetapi disebabkan jadual pengambaraan bertembung dengan program umrahnya, beliau diganti oleh Aaron Aziz.

Anugerah dan pencalonan

Collection James Bond 007

Lihat juga

  • Ombak Rindu
  • Filem Malaysia tahun 2011

Rujukan

Pautan luar

  • Ombak Rindu di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Ombak Rindu (filem) by Wikipedia (Historical)