Aller au contenu principal

Dream High 2


Dream High 2


Dream High 2 (Hangul: 드림하이 2code: ko is deprecated ) ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2012 dibintangi oleh Kang So-ra, JB, Jinyoung, Jinwoon, Jiyeon, Hyolyn dan Park Seo-joon. Drama ini disiarkan menerusi saluran KBS2 bermula 30 Januari sehingga 20 Mac 2012 sebanyak 16 episod.

Plot

"Dream High Musim 2" mengisahkan sekumpulan pelajar di Sekolah Tinggi Seni Kirin yang bercita-cita untuk menjadi bintang idola K-pop. Kumpulan pelajarnya adalah berbeza daripada musim yang pertama.

Dalam musim kedua ini, Sekolah Tinggi Seni Kirin telah diambil alih oleh Oz Entertainment disebabkan oleh masalah kewangan. Label rakaman itu kemudiannya menghantar bintang idola mereka ke sekolah itu bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang yang memerlukan penghibur di bawah umur perlulah belajar dalam waktu yang ditetapkan. Persaingan kemudiannya bermula antara pelajar Sekolah Kirin dengan artis di bawah label Oz Entertainment.

Shin Hae-sung (Kang Sora) memasuki Sekolah Tinggi Seni Kirin dengan markah peperiksaan bertulis yang tinggi tetapi mempunyai markah prestasi yang rendah. Dia kemudiannya bertemu dengan rakan sekolahnya, Jin Yoo-jin (Jin-woon) dan JB, yang membuatnya sedar akan seronoknya muzik. Yoo-jin pada asalnya telah memasuki industri hiburan sebagai pelakon kanak-kanak tetapi telah menjadi pelajar yang bermasalah yang ingin menjadi bintang rock. Dia cuba untuk menyembuhkan kepedihan yang dihadapi olehnya disebabkan penceraian ibu bapanya melalui muzik. JB, ahli kumpulan muzik terkenal, Eden telah mula menyukai Hae-sung dimana mereka selalu dikejar oleh anti-peminat yang menyebabkan hubungan mereka lebih rumit.

Pelakon

Karakter utama

  • Kang So-ra sebagai Shin Hae-sung
  • Jinwoon sebagai Jin Yoo-jin
  • Jiyeon sebagai Ri-an / Lee Ji-kyung
  • JB sebagai JB / Jang Woo-jae
  • Hyolyn sebagai Na-na / Kim Jae-hee
  • Park Seo-joon sebagai Lee Si-woo

Karakter sokongan

Pelajar Kirin
  • Jinyoung sebagai Jung Ui-bong
  • Yoo So-young sebagai Park Soon-dong
  • Kim Jisoo sebagai Park Hong-joo
  • Jung Yeon-joo sebagai Lee Seul
  • Ailee sebagai Ailee
Cikgu Kirin
  • Park Jin-young sebagai Yang Jin-man (cikgu Bahasa Inggeris)
  • Kwon Hae-hyo sebagai Joo Jung-wan (Pengetua)
  • Kim Jung-tae sebagai Lee Kang-chul (Presiden)
  • Choi Yeo-jin sebagai Ahn Tae-yeon (cikgu vokal)
  • Park Kahi sebagai Hyun Ji-soo (cikgu tarian)
Lain-lain
  • Yoon Hee-seok sebagai Shin Jae-in
  • Hwang Mi-sun sebagai ibu Ri-an
  • Jung Kyu-soo sebagai bapa Hae-sung
  • Roh Jeong-eui sebagai Shin Hae-pung
    • Jo Jung-eun sebagai Shin Hae-pung sewaktu remaja (ep 16)

Penampilan istimewa

  • Kim Soo-hyun sebagai pelakon melakonkan watak Song Sam-dong (ep 1)
  • IU sebagai Kim Pil-sook (ep 1)
  • Mark Tuan (GOT7) sebagai penari sandaran I:dn (ep 1)
  • Young K (DAY6) sebagai penari sandaran I:dn (ep 1)
  • Park Sungjun (Boys Republic) sebagai penari sandaran I:dn (ep 1)
  • Toxic sebagai kumpulan membuat persembahan bersama Yoo-jin di Hongdae (ep 1,2)
  • Nayeon (Twice) sebagai pasangan menari Jung Ui-bong (ep 2)
  • MYNAME sebagai kumpulan idola OZ Entertainment (ep 2)
  • Boyfriend sebagai diri sendiri (ep 2)
  • Psy sebagai jurulatih pelatih (ep 5,6)
  • Kim Seon-nyeo sebagai ibu Jin Yoo-jin (ep 8, 12-16)
  • Yeeun (Wonder Girls) sebagai diri sendiri (ep 9)
  • miss A sebagai diri sendiri (ep 15)
  • Park Jin-young sebagai diri sendiri (ep 16)

Runut bunyi


Rating

Nota

Pautan luar

  • Laman sesawang rasmi

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Dream High 2 by Wikipedia (Historical)