Aller au contenu principal

Chloë Grace Moretz


Chloë Grace Moretz


Chloë Grace Moretz [klo-wi gréis mo-rets] (lahir 10 Februari 1997) merupakan seorang pelakon dan model yang berasal dari Amerika. Beliau memulakan kerjaya lakonannya semasa berumur tujuh tahun dalm seberapa produksi filem serta siri televisyen seperti The Amityville Horror, (500) Days of Summer, Diary of a Wimpy Kid, Big Momma's House 2, Desperate Housewives, dan Dirty Sexy Money (di mana beliau menerima beberapa pencalonan untuk Young Artist Awards); namun beliau mula masyhur di seluruh dunia melalui pemeranan wataj Hit-Girl dalam filem aksi Kick-Ass pada tahun 2010. Pujian turut diberikan kepada beliau kerana pernah memegang watak dalam filem yang terkenal yang bertajuk Let Me In dan Hugo.

Awal hidup

Beliau dilahirkan di Atlanta, Georgia. Ibunya Terri (nama keluarga asal: Duke) merupakan seorang jururawat manakala bapanya McCoy Lee Moretz merupakan seorang pakar bedah plastik. Beliau mempunyai empat abang iaitu Brandon, Trevor, Colin, dan Ethan. Beliau juga pernah mentakrifkan keluarganya sebagai "kuat pegangan agama Kristian". Salah seorang abangnya, Trevor "Duke" merupakan pelatih bagi bidang lakonan dan menemaninya dalam perjalanan ke sesuatu tempat serta bertemu media apabila ibu bapanya tidak dapat hadir. Beliau berpindah dari Cartersville, Georgia ke New York pada tahun 2002 bersama ibunya dan seorang abang, Trevor kerana abangnya diterima masuk ke Professional Performing Arts School. Perkara ini juga menimbulkan minatnya untuk berlakon. Kariernya di Los Angeles (LA) bermula apabila beliau bersama dengan keluarganya yang lain berpindah ke LA pada tahun 2004.

Kerjaya lakonan

Beliau memegang watak pertama di Hollywood sebagai Violet dalam dua episod siri televisyen The Guardian manakala filem yang pertama pula sebagai Molly dalam filem Heart of the Beholder. Kemudian, beliau memulakan kemunculan kedua di layar perak pada tahun 2005 bersempena dengan pembikinan semula filem The Amityville Horror yang menjadikan beliau dikenali ramai sebagai salah satu calon dalam Young Artist Award. Selepas filem Amityville, beliau meneruskan lagi kerancakan karier lakonannya apabila menerima beberapa peranan sebagai tetamu istimewa di televisyen dan juga watak kecil dalam filem Big Momma's House 2. Antara watak di televisyen yang paling dikenali sehingga sekarang ialah sebagai Kiki George dalam Dirty Sexy Money dan juga sebagai Sherri Maltby dalam Desperate Housewives. Beliau juga pernah merakamkan suara sebagai karekter Darby untuk siri televisyen versi AS, My Friends Tigger & Pooh. Beliau juga pernah memegang watak sebagai pelakon pembantu yang bernama Cammie, seorang kanak-kanak yang didera dalam filem The Poker House bersama-sama dengan Selma Blair dan Jennifer Lawrence. Selepas tayangan perdana filem pertama beliau iaitu The Amityville Horror, beliau telah kerap diundang sebagai tetamu dalam tayangan perdana.

Pada tahun 2010, Moretz muncul sebagai Hit-Girl dalam filem aksi Kick-Ass yang diarahkan oleh Matthew Vaughn berdasarkan pada novel grafik dengan menggunakan nama yang sama oleh Mark Millar dan John Romita, Jr.. Di samping kontroversi yang melanda mengenai peranannya dalam sebuah filem yang dianggap ganas, beliau juga menerima pujian secara kritis dengan meluas. Roger Ebert meletakkan kategori filem tersebut sebagai satu daripada empat bintang dan menulis: "Say what you will about her character, but Chloë Grace Moretz has presence and appeal". Moretz juga berlatih dengan krew pelagak ngeri yang pernah bekerja dengan Jackie Chan untuk tiga bulan sebelum penggambaran filem Kick-Ass dan melakukan hampir semua lagak negerinya sendiri pada sesi penggambaran di lokasi. Pada tahun yang sama, beliau memainkan watak sebagai Abby, seorang pontianak yang berumur 12 tahun dalam Let Me In, sebuah filem pembikinan semula daripada filem Sweden Let the Right One In yang dikeluarkan pada 1 Oktober 2010. Beliau juga pernah memainkan watak sebagai Ann Sliger dalam cerita jenayah yang berunsurkan negeri iaitu Texas Killing Fields yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2011.

Moretz juga memainkan watak sebagai Isabelle dalam filem Hugo yang diarahkan oleh Martin Scorsese hasil daripada adaptasi The Invention of Hugo Cabret dan juga membintangi filem Hick hasil daripada adaptasi novel oleh Andrea Portes. Beliau pernah muncul dalam filem tahun 2012 iaitu Dark Shadows oleh Tim Burton yang merupakan pembikinan semula hasil daripada drama lipur lara yang terkenal dengan memainkan watak sebagai Carolyn Stoddard, seorang anak remaja yang memberontak. Moretz juga telah menangatangani perjanjian untuk memainkan watak utama dalam Emily the Strange. Projek tersebut telah diperkatakan pada tahun 2010 apabila presiden Mike Richardson daripada Dark Horse Entertainment mengumumkan rancangannya untuk mengangkat karekter tersebut kepada layar yang lebih besar. Karekter tersebut dimulai sebagai imej ikonik pada tahun 1991 yang digunakan untuk mempromosi jenama fesyen daripada syarikat Cosmic Debris. Karekter ini menampilkan seorang remaja Goth serta dibangunkan penceritaannya mengenai siri Dark Horse Comics yang telah diterbitkan semenjak 2001.

Pada Mac 2012, Moretz menandatangani kontrak untuk watak dalam filem The Drummer, sebuah biopik mengenai kehidupan enam tahun terakhir Dennis Wilson iaitu seorang pemain drum untuk The Beach Boys. Beliau dibintangi bersama pelakon seperti Aaron Eckhart, Rupert Grint dan Vera Farmiga. Pada tahun 2013, Moretz akan menggambarkan watak judul dalam adaptasi semula daripada novel Carrie oleh Stephen King. Filem tersebut akan diarahkan oleh Kimberly Peirce dan diterbitkan oleh MGM. Filem ini dijadualkan untuk keluar pada 15 Mac. Moretz akan mengulangi peranannya sebagai Hit-Girl dalam filem susulan yang akan datang pada tahun 2013 iaitu Kick-Ass 2.

Filemografi

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

Collection James Bond 007

Pautan luar

  • Tapak web rasmi
  • Chloë Grace Moretz di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • Chloë Grace Moretz di Twitter

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Chloë Grace Moretz by Wikipedia (Historical)