Aller au contenu principal

Nazmi Faiz Mansor


Nazmi Faiz Mansor


Muhamad Nazmi Faiz Mansor (lahir 16 Ogos 1994) ialah seorang pemain bola sepak Malaysia yang sekarang ini bermain untuk pasukan Johor Darul Ta’zim FC sebagai pemain tengah.

Nazmi telah menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan Malaysia B-23 yang telah memenangi pingat emas di dalam Sukan Asia Tenggara 2011 bagi kali kedua di dalam sejarah mereka.

Peribadi

Nazmi merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik kepada Mansor bin Mustafa. Beliau memulakan kerjaya apabila terpilih mewakili daerah Gombak semasa sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor. Nazmi mempunyai hubungan persaudaraan dengan penyanyi Mazlan Hamzah, Mazuin Hamzah dan Amy Mastura. Menurut Muhd. Ariff Zulkifly yang sekarang ini sedang beraksi di New Zealand bersama Island Bay United , gelaran Nazmi ketika di SSBJ ialah ‘Nami’ dan dia dilihat mempunyai potensi ketika berusia 11 tahun sewaktu kedua-dua mereka beraksi dalam skuad Selangor bawah 12 tahun. Hanya Nazmi seorang sahaja berusia 11 tahun. Menurut bapanya pula, usia 10 tahun dia sudah mewakili sekolah, daerah dan negeri bagi peringkat bawah 12 tahun, ketika umurnya mencecah 13 tahun pula dia dipanggil menyertai skuad bawah 15 tahun. Selepas menamatkan peringkat sekolah rendah, Nazmi ditawarkan untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Sukan Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, Shah Alam dan pada tingkatan empat beliau ditawarkan menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Kerjaya kelab

Pada 21 Mei 2012, Nazmi berjaya menandatangani kontrak 3 tahun dengan kelab Portugal, S.C. Beira-Mar setelah berjaya dilihat oleh peninjau bakat yang berpengkalan di Aveiro.

Nazmi telah menjadi pemain Beira-Mar secara rasminya pada Ogos selepas berumur 18 tahun. Setelah itu beliau pulang ke Malaysia dan mengikut undang-undang ketika itu bekas pemain Harimau Muda perlu pulang semula ke negeri asal tetapi beliau pergi ke PKNS FC dan bukannya Selangor FA kerana PKNS juga merupakan pasukan dari Selangor, tetapi akhirnya beliau pergi juga ke Selangor FA selepas itu.

Pada 21 April 2014, Nazmi sah sebagai pemain Selangor FA dan menyarung jersi 8.

Penghargaan

Kelab

Selangor
  • Piala Malaysia: 2015
Johor Darul Ta'zim
  • Piala Malaysia(1): 2017
  • Liga Super Malaysia (1): 2017, 2018
  • Piala Sumbangsih: 2018

Antarabangsa

Malaysia B-23
  • Sukan Asia Tenggara (1): 2011

Individu

  • Piala AFC 2017 - Allianz Goal of the Tournament

Rujukan

Pautan luar

  • Nazmi Faiz Mansor di Soccerway

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Nazmi Faiz Mansor by Wikipedia (Historical)


ghbass