Aller au contenu principal

Hizbullah


Hizbullah


Hizbullah atau Hezbollah (Arab: حزب الله, rumi: Ḥizbu 'llāh,, lit. 'Penolong Allah'code: ar is deprecated ). Kumpulan ini merupakan sebuah parti politik Islam di Lubnan. Parti ini terbentuk hasil inspirasi kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979 pimpinan mullah terkenal Ayatollah Ruhullah Khomeini yang mana peniruan fahaman ini dijadikan tindak balas terhadap serangan rejim Israel terhadap 1982 atau dikenali sebagai Perang Lubnan ialah meniru cara dan gaya kepimpinan ulama dalam Revolusi Islam Iran. Kebetulan pula ramai orang Islam Mazhab Syafii di Lubnan, Syria dan Jordan dan Iraq sendiri. Parti ini juga mempunyai pasukan tentera dan kegiatan awam yang berkesan di Lubnan.

Hizbullah merupakan salah satu parti utama dalam gabungan politik yang memerintah Lubnan sejak 8 Mac 2005. Walaupun Hizbullah telah menyertai kerajaan baharu, parti tersebut masih menjadi lawan bagi March 14 Alliance.

Pemimpin utamanya kini ialah Sayyid Hassan Nasrallah.

Aktiviti

Krisis di Syria

Semasa awal perang saudara di Syria pada tahun 2011, Hizbullah tidak menunjukkan sokongan terbuka kepada kerajaan Syria pimpinan Bashar al-Assad. Walaupun diketahui bahawa Hizbullah dan Syria adalah sekutu kuat kerana berpegang pada mazhab yang sama, Syiah. Tetapi pada tahun 2013, akibat tekanan dan tentangan kuat Free Syrian Army, menyebabkan kerajaan Syria hampir tewas. Hizbullah tanpa teragak- agak telah menunjukkan sokongan terbuka kepada Bashar al-Assad. Tidak cukup dengan itu, ribuan tentera Hizbullah dikerahkan untuk memerangi Tentera Bebas Syria terutamanya di bandar Al-Qusayr, Homs. Bandar ini menjadi medan pertempuran penting kerana kedudukannya bersempadan dengan Lubnan. Bandar Al-Qusayr akhirnya ditawan Kerajaan Syria atas bantuan Hizbullah. Kini Hizbullah melatih tentera-tentera kerajaan Syria untuk menawan bandar kedua terbesar Syria pula, Aleppo.

Rujukan

Pautan luar


  • Is Hezbollah Confronting a Crisis of Popular Legitimacy? Dr. Eric Lob, Crown Center for Middle East Studies, March 2014
  • Hezbollah: Financing Terror through Criminal Enterprise, Testimony of Matthew Levitt, Hearing of the Committee on Homeland Security and Governmental Affairs, United States Senate
  • Hizbullah's two republics by Mohammed Ben Jelloun, Al-Ahram, 15–21 Februari 2007
  • Inside Hezbollah - dokumentari Frontline/World produksi PBS
  • Lebanon: Close Security Council vote backs free elections, urges foreign troop pullout - laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 2 September 2004

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Hizbullah by Wikipedia (Historical)


PEUGEOT 205