Aller au contenu principal

Kota di Indonesia


Kota di Indonesia


Kota mengikut takrif sejagat, ialah sebuah kawasan bandar yang daripada desa atau kampung, berdasarkan keluasan, bilangan penduduk, kepentingan, atau taraf undang-undang.

Dalam konteks Indonesia, kota ialah peringkat kawasan pentadbiran setelah peringkat provinsi yang dipimpin oleh seorang walikota. Selain kota, peringkat kawasan pentadbiran setelah provinsi ialah kabupaten. Secara amnya, baik kabupaten atau kota, kedua-dua kawasan pentadbiran mempunyai kuasa yang sama.

Kabupaten dan kota bukanlah bawahan provinsi dan oleh itu, bupati dan walikota tidak bertanggungjawab kepada gabenor kabupaten. Kedua-dua kawasan pentadbiran merupakan daerah autonomi yang diberikan kuasa untuk pemerintahan sendiri.

"Kota" pada masa dahulu dikenali sebagai "Daerah Tingkat II Kotamadya". Sejak pengisytiharan Undang-undang Nombor 22 Tahun 1999 tentang pemerintahan daerah, istilah "kotamadya" pun digantikan dengan "kota" sahaja. Istilah "kota" di provinsi Nanggroe Aceh Darussalam disebut juga dengan "banda".


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Kota di Indonesia by Wikipedia (Historical)