Aller au contenu principal

Konfederasi Bola Sepak Oceania


Konfederasi Bola Sepak Oceania


Konfederasi Bola Sepak Oceania merupakan satu daripada enam konfederasi bola sepak antarabangsa, yang dianggotai oleh negara New Zealand, Fiji, Tonga dan beberapa buah kepulauan di perairan Pasifik. Sebagai ahli FIFA, negara yang bernaung di bawah OFC layak untuk menyertai kejohanan Piala Dunia FIFA dan Piala Dunia Wanita FIFA.

Negara-negara di bawah OFC sebahagian besarnya dianggotai oleh kepulauan kecil di mana permainan bola sepak bukanlah sukan utama. Pada tahun 2006, negara terbesar di bawah naungan OFC, Australia menganggotai konfederasi Asia, AFC.


Keahlian

Ahli terkini

OFC dianggotai oleh 11 ahli dan 3 ahli bersekutu.

1. Ahli bersekutu OFC, namun bukan ahli FIFA.
2. Jajahan tidak rasmi Amerika Syarikat.
3. Negara bersekutu dengan New Zealand.
4. Wilayah Luar Negeri Perancis.

Bekas ahli

  • Australia (1966–1972, 1978–2006)
  • Chinese Taipei (1967–1989)

Pasukan Israel juga bermain dalam beberapa kejohanan OFC di antara tahun 1970 hingga 1980, namun begitu mereka bukanlah ahli rasmi OFC.

Bukan ahli

Beberapa wilayah dan kepulauan di perairan Pasifik yang bukan merupakan ahli OFC seperti:

  • Marshall Islands (Marshall Islands merupakan satu-satunya wilayah yang ketiadaan persatuan bola sepak.)
  •  Mikronesia
  •  Nauru (tiada pasukan kebangsaan)
  •  Palau
  •  Tokelau
  •  Wallis dan Futuna
  •  Pulau Norfolk
  •  Kepulauan Pitcairn (tiada pasukan kebangsaan)
  •  Pulau Easter (sebahagian daripada Chile)

Jajahan Amerika Syarikat di Kepulauan Pasifik seperti  Guam dan  Kepulauan Mariana Utara merupakan ahli Konfederasi Bola Sepak Asia.


Rujukan


Pautan luar

  • (Inggeris) Laman Web Rasmi OFC



Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Konfederasi Bola Sepak Oceania by Wikipedia (Historical)