Aller au contenu principal

Perayaan Qingming


Perayaan Qingming


Perayaan Qingming (Cina Tradisional: 清明節code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 清明节code: zh is deprecated , pinyin: qīng míng jié), juga dipanggil Pesta Ching Ming, Ceng Beng atau (diterjemah sebagai "Perayaan Jelas dan Terang"), merupakan perayaan Cina yang diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk (atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga), dan lazimnya diadakan sekitar 5 April dalam kalendar Gregorian (lihat kalendar Cina). Pada setiap tahun lompat pula, Qing Ming diadakan pada 4 April. Secara istilah astronomi, perayaan ini merupakan jieqi (lihat Qingming). Dalam jieqi, perayaan Qingming jatuh pada hari pertama jieqi ke-5, yang juga dipanggil Qingming. Namanya menandakan masa bagi orang ramai untuk keluar dari rumah dan menikmati kehijauan musim bunga (踏青 Tàqīng, "memijakkan kaki di atas tanah kehijauan"), dan juga menziarahi kubur orang tersayang yang sudah meninggal. Perayaan Qingming dijadikan cuti umum di Republik China di Taiwan, dan juga di Hong Kong ,Macau dan tanah besar China.

Lihat juga

  • Hansik

Pautan luar

  • A Traditional Chinese website describing the origin and creation of Qingming Festival Diarkibkan 2005-11-25 di Wayback Machine

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Perayaan Qingming by Wikipedia (Historical)



INVESTIGATION