Aller au contenu principal

Perbezaan antara bahasa Melayu Baku dan bahasa Indonesia


Perbezaan antara bahasa Melayu Baku dan bahasa Indonesia


Bahasa Melayu merupakan loghat utama dalam bahasa Indonesia yang dipergunakan oleh bangsa Indonesia, begitu pula dengan bahasa Melayu di Malaysia, Brunei dan Singapura. Penamaan bahasa Melayu di Indonesia dengan nama bahasa Indonesia bermula daripada Sumpah Pemuda tanggal 28 Oktober 1928 sebagai bentuk persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia yang memiliki khazanah budaya dan bahasa serta status. Bahasa Indonesia dirasmikan menjadi bahasa negara pada kemerdekaan negara Republik Indonesia pada tahun 1945.

Penghantar

Tidak dapat dibezakan secara keterlaluan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dengan alasan bahawa bahasa Melayu yang diguna pakai sebagai bahasa kebangsaan Indonesia iaitu bahasa Melayu yang dipertuturkan di negeri Riau (merupakan bahasa Melayu Tinggi atau bahasa Melayu Standard atau bahasa Melayu Piawai) dan telah ditemui bukti-bukti konkrit sejarah tentang asal-usul bahasa Melayu pada tulisan di batu tulis di daerah Sumatera Selatan dan Hulu Jambi. Kecuali dengan pernyataan yang lebih khusus mengenai perbezaan ini, barulah boleh dengan nyata perbezaan ini boleh diserlahkan. Sebagai contoh, perbezaan bahasa Indonesia dan bahasa Melayu Malaysia. Dua bahasa itu meskipun berakar daripada bahasa Melayu yang sama iaitu bahasa Melayu dari tanah Sumatera, mereka memiliki latar belakang sejarah dan perlakuan yang berbeza daripada segi tatabahasa, kedinamisan, dan kosakata.

Perbezaan itu secara garis besar dapat dipaparkan sebagai berikut:

  1. Dari latar belakang penjajahan asing boleh dikatakan bahawa bahasa Indonesia lebih meminjam bahasa Belanda sedangkan bahasa Melayu Malaysia lebih meminjam bahasa Inggeris.
  2. Dari segi perlakuan, kedua-dua bahasa tersebut diperlakukan sesuai dengan kebijakan kebahasaan di negara masing-masing, namun ada perhimpunan yang mengatur bahasa Melayu yang dipanggil dengan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).

Perbezaan yang penting antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia

Bahasa Indonesia berbeza daripada bahasa Melayu khususnya di Malaysia kerana mempunyai perkataan yang berasal daripada Jawa dan Belanda meskipun bahasa Indonesia didasarkan dan didominasi dari bahasa Melayu Riau. Contohnya "pejabat pos" dikenali sebagai "kantor pos" di Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Belanda kantoor untuk "pejabat". Ketika zaman penjajahan, bahasa Indonesia menggunakan "oe" untuk bunyi "u", sama seperti bahasa Belanda. Namun, setelah penaklukan Jepun, ejaan tersebut ditukar kepada "u". Begitu juga dengan bahasa Melayu. Sebelum 1972, bunyi "ch" dieja dengan "ch" dan bahasa Indonesia menggunakan "tj". Oleh itu, perkataan "cap" telah dieja sebagai "chap" dan "tjap" dalam Bahasa Indonesia. Selepas "Ejaan Yang Disempurnakan" diperkenalkan pada 1972, kedua-dua bahasa menggunakan ejaan yang sama, iaitu "cap". Contoh ejaan lain ialah "dj" (Indonesia) diganti dengan "j" seperti di Malaysia. Ada beberapa ejaan yang masih dikekalkan atas sebab sejarah, contohnya "wang" (Bahasa Melayu Malaysia) dan "uang" (Bahasa Indonesia).

Cara sebutan juga berbeza dengan Indonesia dan Malaysia Timur bercakap dalam bahasa baku, iaitu perkataan-perkataan disebut seperti dalam ejaan.

  • Untuk rencana lanjutan, sila lihat Perbezaan sebutan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia

Perbezaan kosa kata

Sama kata lain erti

Selain perbezaan kosa kata, Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Indonesia juga berkongsi perkataan-perkataan yang sama tetapi berlainan maksudnya. Oleh sebab perkataan-perkataan berkenaan kerap digunakan dalam salah satu atau kedua-dua bahasa tersebut, maka mudah timbulnya salah faham.

Sama kata tetapi huruf berbeza

Collection James Bond 007

Rujukan

Lihat juga

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu Brunei
  • Bahasa Melayu Malaysia
  • Bahasa Indonesia

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Perbezaan antara bahasa Melayu Baku dan bahasa Indonesia by Wikipedia (Historical)