Aller au contenu principal

Hitz (stesen radio)


Hitz (stesen radio)


Hitz (juga dikenali sebagai Hitz FM dan digayakan sebagai hitz) ialah sebuah stesen radio Malaysia dalam bahasa Inggeris tempatan yang dipancarkan siarannya di seluruh negara di bawah pengurusan Astro Radio, sebuah anak syarikat Astro Malaysia Holdings. Memainkan muzik hit antarabangsa terkini dan terbaik untuk pendengar berumur 10 tahun hingga 40 tahun, Hitz merupakan memainkan pelbagai muzik dari rock dj sebahgian KPOP-berBahasa Inggeris-Sepanyol (Amerika Latin)-Malay muzik 2000-an 2010-an & 2020-an saluran berBahasa Inggeris Amerika di Malaysia yang paling tertinggi dari segi jumlah pendengar.

Sejak Januari 1997, saluran ini dikenali sebagai Hitz FM. Kemudian pada Januari 2001, tanda noktah diletakkan & menjadikan hitz.fm, bukan saja merujuk kepada nama radio malah juga laman webnya www.hitz.fm (kini dikenali sebagai hitz.com.my). Pada Januari 2014, hitz.fm kembali kepada nama asalnya, manakala akhiran FM digugurkan pada 1 Januari 2018 sepertimana stesen Astro Radio yang lain untuk menumpu kepada platform digital.

Radio edisi tempatan

Hitz Sarawak

MY Sarawak ialah sebuah stesen radio Malaysia berbahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Astro Radio. Stesen radio ini bermula siarannya pada 25 Oktober 2010 sehingga 30 September 2023. Namun 13 tahun kemudian, frekuensinya diambil alih oleh Hitz FM (kini Hitz) dan secara rasminya, Hitz Sarawak akhirnya tamat siarannya pada 1 Oktober 2023 pada tepatnya Hitz mengambil alih frekuensinya.

Hitz Sabah

Hitz Sabah ialah sebuah stesen radio Malaysia berbahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Astro Radio. Stesen radio ini bermula siarannya pada 1 Disember 2010 sehingga 30 September 2023. Namun 13 tahun kemudian, frekuensinya diambil alih oleh Hitz FM (kini Hitz) dan secara rasminya, Hitz Sabah akhirnya tamat siarannya pada 1 Oktober 2023 pada tepatnya Hitz mengambil alih frekuensinya.

Sejarah penubuhan Hitz Sarawak dan Hitz Sabah

Pada September 2010, Hitz Sarawak dan Hitz Sabah telah dilancarkan bersama rakan Melayu dan Cina masing-masing Era Sarawak, Era Sabah, My Sarawak dan My Sabah di Malaysia Timur - ketiga-tiga saluran itu mula bersiaran di Kuching pada 25 Oktober tahun itu diikuti Kota Kinabalu pada 1 Disember 2010.

Pada 2 Januari 2018, Hitz FM Sarawak dan Hitz FM Sabah telah dijenamakan semula kepada Hitz Sarawak dan Hitz Sabah sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.

Astro Radio menghentikan operasi di Sabah dan Sarawak dan akan dikembalikan semula ke Bukit Jalil

Pada 1 Oktober 2023, Astro Radio telah menghentikan operasinya di Sabah dan Sarawak.

Selepas 13 tahun bersiaran, Hitz Sabah dan Hitz Sarawak akan ditamatkan pada 1 Oktober 2023.

Sejarah

Latar belakang

HITZ, bersama-sama stesen kembar MIX dan LITE, merupakan antara stesen radio bahasa Inggeris yang pertama kali dimiliki swasta untuk disiarkan di Malaysia, setelah melancarkan gelombang udara pada Januari 1997 dan menjadi salah satu saluran audio Astro sejak pelancaran rangkaian satelit pada Oktober 1996. Negara ini hanya mempunyai satu stesen radio bahasa Inggeris sebelum ini, iaitu Radio Malaysia Saluran 4 (kini TraXX FM) milik kerajaan dari RTM.

Pada tahun 2000, carta Malaysian Top 10 (kemudian dinamakan Malaysian English Top 10) diperkenalkan untuk mendedahkan lagu-lagu buatan Malaysia yang menepati citarasa pendengar stesen tersebut, terutamanya lagu dan artis indie.

Pada April 2001, HITZ FM dijenamakan semula sebagai Hitz FM (dengan tanda titik) sebagai penekanan kepada kepentingannya dalam Internet di samping menjadi stesen radio, dengan kemudahan atas talian seperti webcast dan penstriman yang serentak dengan siaran radio dan dijenamakan sekali lagi ke "hitz fm" pada tahun 2014 tanpa tanda titik.

Pada Ogos 2003, berlakunya perselisihan antara Li'l Kev dan pengurusan AMP mengenai kontrak yang disetujui antara kedua-dua pihak menyebabkan beliau dan rakan sejawatannya FlyGuy (Morning Crew yang asal) untuk tiba-tiba berhenti dari hitz fm. Jason Lo dan Rudy Sufian menggantikan tempat mereka lalu menjadi Morning Crew yang baru. (Tidak lama kemudian, Lo bertukar waktu kerja dengan JJ Fernandez bagi slot waktu petang). Pada lewat 2003, HITZ.TV dilancarkan untuk digandingkan dengan hitz.fm (sebelum dijenamakan semula sebagai Astro hitz). Walau bagaimanapun, saluran ini telah ditamatkan siarannya pada 16 Mei 2016.

Pada tahun 2005, Anugerah hitz fm Malaysian English Top 10 diperkenalkan untuk menghargai bakat dan karya bahasa Inggeris buatan Malaysia yang terbaik.

Pasukan jalanan bagi hitz fm ialah hitz fm Cruisers (Cruisers secara ringkas). Tugas mereka adalah untuk bertemu peminat stesen ini dan memberi hadiah percuma kepada mereka bagi pihak hitz fm.

Isu dan kontroversi

Pada September 2017, sebuah isu berlaku apabila pihak Hitz memaparkan sebuah video yang dikatakan berunsur transfobia di laman Facebook rasmi; video tersebut memaparkan dua orang penyampai, Ryan De Alwis dan Arnold Loh berjalan melepasi seorang "wanita", tetapi muntah apabila mendapat tahu bahawa orang tersebut ialah seorang transgender. Video itu mendapat kecaman daripada sesetengah pihak seperti golongan pendokong transgender, dan pihak Hitz memohon maaf atas video tersebut lalu memadamkan video itu.

Pada Februari 2021, Yusuf Shukri (DJ Yusuf), penyampai Hitz FM bagi kawasan Sarawak mendapat kecaman sejagat apabila memuat naik sebuah video di laman Tik Tok peribadinya yang memperlekehkan intonasi bahasa Inggeris seorang guru Sains, Rafidah Rahmat dalam saluran DidikTV KPM yang baru dilancarkan. Susulan itu, DJ Yusuf digantung kerja oleh pihak Hitz, dan pihak pengurusan Astro serta Yusuf sendiri memohon maaf atas tindakan luar batas itu.

Pergantian nombor

Pada 1 Jun 1996, HITZ dapat boleh didengar melalui Astro di saluran 301.

Pada 1 November 1999, HITZ telah dinomborkan semula dari saluran 301 ke saluran 104.

Pada tanggal 1 Oktober 2007, HITZ akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 852.

Penyampai

Penyampai Harian

  • Arnold Loh
  • Ean Nasrun
  • Anne Jacyntha Stanley
  • Calista Leah Liew
  • Zher Peen
  • Ili Ruzanna Iqbal

Penyampai Hujung Minggu

  • Arka
  • Dhabita
  • Simon Lee And Alvin

Bekas penyampai

Berikut adalah senarai bekas penyampai Hitz dan tempoh bertugas mereka di stesen ini.

  • Ryan Matjeraie (2013-2016, berpindah ke Fly FM)
  • Juanita Ramayah (2013-2018)
  • Adam Izzy (2014-2017)
  • Sher Mohamed (2013-2016)
  • Ean Nasrun (2008-2016) - *(2018, Kembali lagi sebagai penyampai radio pada Oktober 2018)
  • Jin Lim (2007-2015)
  • Natalie Kniese (berpindah ke Fly FM)
  • Hunny Madu (2007–2008)
  • Jayaram Gopinath Nagaraj (2003–2008)
  • Rudy Sufian (2003–2008)
  • Azura Zainal (2006–2007)
  • Marion Caunter (2006—2007)
  • Brian Vinesh (2005—2007)
  • Jason Lo (2003–2007)
  • Pietro Ambrose Felix (2005—2006)
  • Serena Choong (2000—2006)
  • Phat Fabes (1999–2006) (berpindah ke Lite)
  • Johan Farid Khairuddin (2001—2004)
  • Li'l Kev (1997–2003)
  • FlyGuy (1997–2003)
  • Anushia Kanagasabai (1997–2002)
  • John Boy (1997–1999, 2001)
  • Mesh Nair (1997–2004)
  • Ross Yusof (1997–2004)
  • Farouk Khan (1997)
  • Adam Carruthers
  • Jay (2016-2018)
  • Ryan Augustine De Alwis (RD) (berpindah ke Mix)
  • Khalif Sultan (2016-2019)
  • Sangeeta (2021-2023) (berpindah ke Fly FM)
  • Raj Mahal
  • Aelden Sin (Hitz Sabah, 2023)
  • Keanu Azman (2018-2024)

Segmen

Isnin - Jumaat

Sabtu

Ahad

Frekuensi

Radio

Televisyen

Radio internet

Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK

  • HITZ TikTok
  • HITZ Dance
  • HITZ Urban
  • HITZ Stage
  • HITZ Top 40
  • HITZ Throwback
  • HITZ Chillest
  • HITZ Kpop

Rujukan

Pautan luar

  • Laman web rasmi
  • Laman web Astro Radio

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Hitz (stesen radio) by Wikipedia (Historical)