Aller au contenu principal

Fauziah Nawi


Fauziah Nawi


Datuk Hajah Fauziah binti Nawi (lahir 26 Jun 1953) merupakan seorang juruhebah radio, pelakon, penyanyi, pengarah dan penari Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim keempat (2006) dan keenam (2008). Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Kerjaya

Sebagai juruhebah, Fauziah pernah mengendalikan program radio seperti Radio 4 - Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, "Non Stop Music and Before We Say Goodnite", Radio 3 Ibu Kota - Fascinating Malaysia, dan Radio 1 - Manis-Manis Garam.

Fauziah pernah mengarah teater Dari Bintang Ke Bintang 1 & 2, Opera Ayu Cendana & Muzikal Tok Rimau 1, Salina, Angin Kering, Malam Gelap Bukit Damansara, Korporat, Si Bereng Bereng, Jiwa, Pulang dan Tali. Di samping itu, Fauziah pernah menjadi pengarah drama bersiri Baju Kak Long, Sahabat, Azlina, Sebening Kasih & Pantai Berbisik.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Mohd Hanif Gedek pada 1975 hingga 1996 dan dikurniakan dua anak. Anak sulung beliau, Mohd Firdaus (Pitt Hanif) ialah seorang penulis skrip dan pengarah.

Pendidikan

Beliau merupakan graduan Sarjana (Master) dan berjaya menamatkan pengajian pascasiswazahnya dalam jurusan Ijazah Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 23 September 2018.

Beliau kini khabarnya sedang dalam perancangan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran falsafah atau PhD.

Diskografi

  • Hitam Manis Berseri (1974)
  • Kasihku Kasihmu (1975)

Filemografi

Filem

Drama

Telefilem

Televisyen

Collection James Bond 007

Penghargaan dan darjah kebesaran

  •  Malaysia :
    • Panglima Jasa Negara (P.J.N) - Datuk
    • Pingat Pangkuan Negara (P.P.N)
  •  Pahang :
    • Setia Mahkota Pahang (S.M.P)
  •  Perak :
    • Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T)

Anugerah dan pencalonan

  • Pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Sayang Salmah dan drama Mendung Tidak Berarak Lagi
  • Pernah digelar Most Versatile Broadcaster RTM

Rujukan

Pautan luar

  • Fauziah Nawi di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Fauziah Nawi by Wikipedia (Historical)