Aller au contenu principal

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) merupakan badan PBB yang menangani isu-isu pencabulan hak asasi manusia di seluruh dunia. Majlis ini menggantikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (UNCHR), badan pendahulunya yang dikritik oleh ramai kerana dianggotai oleh negara-negara ahli yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk.

Sejarah

UNHRC ditubuhkan pada 15 Mac 2006, melalui Resolusi Perhimpunan Agung 60/251 dengan persetujuan 170 negara ahli. Amerika Syarikat, Kepulauan Marshall, Palau dan Israel membantah penubuhannya manakala Belarus, Iran dan Venezuela berkecuali. Pilihan ahli-ahli diadakan pada 9 Mei 2006 dan Sesi Pertama UNHRC diadakan pada 19 Jun. Sejak penubuhannya, UNHRC telah mengadakan 5 sesi biasa dan 4 sesi khas.

Organisasi

Majlis Hak Asasi Manusia mempunyai 47 ahli, iaitu 13 dari Afrika, 13 dari Asia, 6 dari Eropah Timur, 8 dari Amerika Latin dan Caribbean, dan 7 dari Eropah Barat dan lain-lain (Australia dan New Zealand). Resolusi Perhimpunan Agung yang membentuk UNHRC mewajibkan ahli-ahli Majlis mendapat undian majoriti daripada Perhimpunan Agung serta "mendukung taraf menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia yang tertinggi". Ahli yang gagal memenuhi kriteria ini boleh digantung dengan undian majoriti 2/3 dalam Perhimpunan Agung. Satu penggal keahlian adalah selama 3 tahun.

Ahli

(tahun menandakan masa penggal negara tersebut tamat)

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)

Collection James Bond 007


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu by Wikipedia (Historical)