Aller au contenu principal

Dewi Remaja


Dewi Remaja


HeroDewi Remaja (dahulu Dewi Remaja) merupakan pencarian bakat dan personaliti Hero & Dewi oleh majalah Nu Ideaktiv, Majalah Remaja adalah platform untuk mengukuhkan kehadiran dan kredibiliti seseorang sebagai influencer, penghibur dan ikon besar bercita-cita remaja lelaki dan perempuan berumur 18-25 tahun dari semua lapisan masyarakat. Dalam peluang mengubah hidup yang akan datang ini yang dipenuhi dengan adrenalin tinggi, cabaran sengit, roller coaster emosi - yang mempunyai keyakinan diri, komunikasi, model terbaik untuk mewakili setiap jenama.

Penjenamaan sebagai Dewi Remaja (1985-2023)

Dewi Remaja (juga dikenali sebagai Pencarian Dewi Remaja) merupakan pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia yang dianjurkan oleh majalah Remaja terbitan kumpulan Karangkraf. Pertandingan ini selalunya di selang seli dengan pertandingan versi lelaki iaitu Hero Remaja.

Finalis tidak akan bersaing dalam pakaian mandi. Mereka hanya akan memakai gaun petang sepanjang masa. Pemenang peraduan ini tidak akan bersaing dalam apa-apa pertandingan ratu cantik antarabangsa seperti Miss Universe ataupun Miss World kerana kebanyakan finalis beragama Islam, dan wanita Islam Malaysia tidak dibenarkan bersaing dalam apa-apa pertandingan ratu antarabangsa sejak 1997.

Dewi Remaja yang memerintah ialah Murut-Dusun Tracie Sinidol dari Tambunan, Sabah. Dia dinobatkan pada 3 September 2022. Dia adalah rakyat Sabah pertama dan wanita pertama dari Malaysia Timur yang pernah memenangi gelaran Dewi Remaja.

Penjenamaan sebagai HeroDewi Remaja (2023-kini)

Pada 26 Ogos 2023, Dewi Remaja bersama-sama dengan Hero Remaja rasmi digabungkan dan dinamakan semula sebagai HeroDewi Remaja sebagai sebahagian daripada projek penjenamaan semula oleh majalah Remaja serta menjadi platform kepada golongan remaja untuk mengukuhkan kedudukan sebagai bakat baru terutamanya dalam industri seni dan menjadi contoh yang memberikan inspirasi positif kepada masyarakat secara amnya. HeroDewi Remaja telah rasmi bersiaran bermula 10 November 2023 dan disiarkan pada hari Jumaat jam 10.00 malam dengan Episod Akhir pada 29 Disember 2023 di Astro Ria.

Dewi Remaja yang memerintah ialah Nurel Bahrin dari Kuching, Sarawak. Beliau telah dinobatkan pada 29 Disember 2023 di Pusat Konvensyen CIDB, ​​Kuala Lumpur oleh pemegang gelaran yang akan keluar, Tracie Sinidol dari Sabah. Beliau merupakan rakyat Sarawak pertama dan wanita kedua dari Malaysia Timur yang pernah memenangi gelaran Dewi Remaja.

Juara

  1. Dewi Remaja 1985/1986 : Tengku Anis Tengku Ismail
  2. Dewi Remaja 1987/1988 : Aleeza Kasim
  3. Dewi Remaja 1990/1991 : Jasmeen Dhillon
  4. Dewi Remaja 1994/1995 : Wan Khadijah Wan Othman
  5. Dewi Remaja 1997/1998 : Juliana Banos
  6. Dewi Remaja 2002/2003 : Annahita Bakavoli
  7. Dewi Remaja 2005/2006 : Scha Al-Yahya
  8. Dewi Remaja 2009/2010 : Neelofa
  9. Dewi Remaja 2014/2015 : Raysha Rizrose
  10. Dewi Remaja 2018/2019 : Shaza Bae
  11. Dewi Remaja 2021/2022 : Tracie Sinidol
  12. Dewi Remaja 2023/2024 : Nurel Baharin

Senarai peserta


Edisi 3 - 1990/91

  • Jasmeen Dhillon (pemenang, berketurunan Punjabi) - pramugari , pembaca berita RTM
  • Ermie Zura atau dikenali sebagai Umie Aida - pelakon , adik Erma Fatima
  • Tengku Sariza Tengku Muzani @ Kuza Muzani - pelakon, adik pelakon Kuna Muzani
  • Irene Santiago - pelakon
  • Jasmin Hamid - pelakon
  • Roslinda Rasul - isteri Joe Wings
  • Susan Roses Yusof - anak pelakon Dayang Sulu (pelakon Laksamana Do Re Mi)
  • Rubiana Ahmad Jabar
  • Didie Alias-pelakon,pengacara,pelawak

Edisi 4 - 1994/95

  • Wan Khatijah (pemenang) - pelakon, isteri Azlisham Ibrahim
  • Rozita Che Wan (pemenang Jun,tarik diri di final) - pelakon
  • Emylia Rosnaida (tarik diri di final) - pelakon, isteri Dato AC Mizal dan kakak Emelda Rosmila
  • Ila Fatimah (isteri Sham Visa)

Edisi 5 - 1998/99

  • Juliana Banos (pemenang) - penyanyi, pelakon
  • Rita Rudaini - pelakon
  • Wardina Safiyya - pengacara, pelakon
  • Azlina Aziz @ Mimie Aziz - model
  • Eyta Mahmud-pelakon

Edisi 6 - 2002/03

  • Annahita Bakavoli (pemenang) - pelakon & pengacara
  • Pushpa Narayan (tempat kedua) - pelakon , finalis Miss Malaysia Universe 2004 (no 2)
  • Siti Fazurina - pelakon, pelawak
  • Zarynn Min - pelakon
  • Nadia Danish Hanif - kakak kepada pelakon Nora Danish
  • Sharifah Salwa Syed Abdul Rahman - pembaca berita NTV7
  • Loo Mei Lin - pelakon, finalis Miss Malaysia Universe 2004 (no 3)
  • Intan Maizura Othaman

Edisi 7 - 2005/06

  • Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau Scha Al-Yahya (pemenang) - pelakon, isteri Awal Ashaari
  • Ivy Lee (tempat kedua)
  • Izreen Azminda (berkongsi tempat ketiga) - pelakon
  • Nicolita Sanseh (berkongsi tempat ketiga)
  • Wan Hasaida (Dewi Persahabatan & berkongsi tempat ketiga)
  • Rabecca Nur Al Islam (Dewi Favourite) - pelakon
  • Intan Ladyana(tarik diri) - pelakon
  • Aishah Ilias-pelakon

Edisi 8 - 2009/10

  • Neelofa (pemenang) - pelakon, pengacara, ahli perniagaan
  • Izara Aishah (tempat kedua) - pelakon
  • Shangkaree Nadarajan (tempat ketiga) - finalis Miss Malaysia Universe 2014
  • Anzalna Nasir - pelakon
  • Zarina Jamalullaill - pelakon
  • Azar Azmi - pelakon
  • Mas Hazirah @ Iraa - pelakon
  • Ramona Zamzam - pelakon
  • Mia Ali
  • Syatilla Melvin - adik kepada Syafiqah Melvin (Juara rancangan realiti Gadis Melayu Musim 2 dianjurkan oleh TV9), pelakon, isteri Shaheizy Sam
  • Hafizah @ Fizz Sulaiman
  • Nadiey Hana

Edisi 9 - 2014/15

  • Raysha Rizrose (pemenang) - pelakon, adik kepada Nelydia Senrose & Uqasha Senrose
  • Mawar Rashid (dewi favourite) - pelakon
  • Puteri Aishah - pelakon
  • Syamim Farid(Naib Juara) - pengacara & pelakon
  • Mimi Lana (tarik diri) - pelakon
  • Natrah Khalid
  • Deeba Halil - Kini bertugas sebagai Pramugari AirAsia
  • Fify Azmi - pelakon

Edisi 10 - 2018/19

  • Haneesya Hanee (juara tetapi telah ditarik balik setelah terlibat dalam suatu kontroversi)
  • Tia Sarah (tempat kedua)
  • Sherin Amiri (tempat ketiga) - model & pramugari
  • Anna Jobling (tempat keempat) - pelakon
  • Affie Rania (tempat kelima) - anak kepada bekas peserta Dewi Remaja 1987/88 Mimi Wahedah
  • Arena Wan (Dewi Favorite) - anak kepada komposer terkenal Iman Wan
  • Aween Ismail (Dewi Inspirasi) - pelakon filem Munafik & tarik diri minggu ke-6
  • Zeera Azizi - kakak kepada pelakon Neera Azizi
  • Lydia Del Sal- pelakon & juara Ratu Runggus Dugong Ratu Grand Merdeka.
  • Rasya Dean

Edisi 11 - 2019/2020

Sumber:

Edisi 12-2022

  • Tracie Sinidol (Juara)
  • Bee Aishah (Naib Juara)
  • Kimberly Chuah (Tempat ke 3)
  • Alyssa Azmi (Tempat ke 4)
  • Auni Yusri
  • Dina Allysha
  • Janani Baskaran
  • Hyeley Izzati
  • Rasyiqah Johan
  • Zafira Yong
  • Keeran Kaur
  • Malle Christian
  • Melissa Quek Ai Ying
  • Eiman Dzul
  • Fifi Filan Tisya
  • Reezlyn Shafira

Edisi 13-2023

  • Nurel Baharin (Juara & Dewi Favourite)
  • Adrina Kamarudin (Dewi Inspirasi)
  • Amira Rafik
  • Cora Waybin
  • Azqa Aziz
  • Qistina Rania
  • Arabella Ellen (Naib Juara)
  • Myra Afrina

Pencarian Gadis Remaja - Kosmetik

Pertandingan ini juga berjaya melahirkan beberapa selebriti. Ia dianjurkan pada tahun 1999 dengan nama Pencarian Gadis Remaja Maybelline.

  • Zahnita Wilson (pemenang) - pelakon, model
  • Fasha Sandha (tempat kedua) - pelakon, model

Kemudian pada 2001 dianjurkan dengan Fair & Lovely menjadi penaja dan dinamakan Pencarian Gadis Remaja Fair & Lovely.

  • Fouziah Gous (pemenang) - pelakon
  • Shahreeny Syahrin Chong (tempat kedua)
  • Nadia Shahrul Annuar (tempat ketiga)
  • Noortasyadiana Karim (tempat keempat)

Rujukan

Pautan luar

  • Laman web rasmi
Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Dewi Remaja by Wikipedia (Historical)