Aller au contenu principal

Cinta Jannah


Cinta Jannah


Cinta Jannah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Azmi Hatta dibintangi oleh Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, dan Fattah Amin. Siri ditayangkan di TV3 menerusi Slot Akasia mulai 14 Ogos 2013 dan tamat pada 24 September 2013 menggantikan Demi Dia.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.

Sinopsis

Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim).

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.

Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Tengku Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.

Pelakon

Pelakon utama

  • Aeril Zafrel sebagai Izaryl
  • Nelydia Senrose sebagai Jannah

Pelakon pembantu

  • Ramona Zamzam sebagai Damia
  • Reen Rahim sebagai Balqis
  • Fattah Amin sebagai Hakim
  • Shaharuddin Thamby sebagai Abdullah
  • Ezany Nizariff sebagai Suffian
  • Dian P. Ramlee sebagai Tengku Zareena
  • Fadilah Mansor sebagai Sumaiyyah
  • Kartina Aziz sebagai Bonda
  • Rahim Jailani sebagai Dato’ Khalid
  • Watie Sadali sebagai Tini
  • Aleza Shadan sebagai Datin Marina
  • Nizen Ayob sebagai Ustaz Talha
  • Qazem Nor sebagai Razlan
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Amina
  • Mimi Lana sebagai Wanda

Muzik dan runut bunyi

  • "Angin Syurga" - Misha Omar
  • "Tidak Tidak" - Erry Putra

Rujukan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi
Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Cinta Jannah by Wikipedia (Historical)